red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 20hb Jun 2011: 

Sikap berdiam diri UMNO menyokong ancaman dan hasutan merbahaya Perkasa menunjukkan bahawa 1Malaysia tiada apa-apa pengertian tapi hanyalah manis di bibir dan slogan kosong  

Tindakan memalukan dan kenyataan menghina oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika pelancaran perhimpunan Anti-Bersih 2.0 di Kampung Baru adalah penuh dengan hasutan. Bukan sahaja gambar-gambar Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dibakar dan dipijak, malah risalah-risalah yang diedarkan turut mengambarkan dirinya sebagai "Wanita Hindu Yang Merbahaya".

Ibrahim Ali juga kemudiannya membangkitkan kembali ancaman 13 Mei, dengan mengisytiharkan dirinya sebagai "jeneral perang" dan memberi amaran keras kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar menyertai perarakan Bersih ini. Beliau juga mencadangkan agar masyarakat Cina perlu menyimpan bekalan makanan sekiranya sesuatu perkara berlaku.

Tidak pernah seorangpun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan. Kenyataan seperti itu tidak boleh diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Dengan membenarkan perbuatan zalim dan ancaman Nazi oleh Ibrahim Ali, UMNO seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu yang sebenarnya hanya berkepentingan untuk satu kaum sahaja. Dengan keenganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, UMNO adalah bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu. Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana didemonstrasikan oleh UMNO yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada tahun 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin-pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur.

Ini jelas menunjukkan bahawa 1Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.

UMNO mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.

Di Pulau Pinang, polisi tender terbuka Pakatan Rakyat telah diserang oleh UMNO sebagai menyangkal peluang ekonomi kepada kaum Melayu khususnya, bagaimanapun, falasi terserbut telah terbukti salah apabila fakta menunjukkan bahawa 70% kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Dalam perkataan lain, ini menunjukkan bahawa bukannya kontraktor Melayu yang tidak mampu bersaing, sebaliknya, kontraktor UMNO yang tidak dapat bersaing di dalam persaingan adil. Sistem tender terbuka diimplementasikan tanpa sebarang rasa tidak gembira dalam kalangan kontraktor Melayu kerana pihak tersebut bukan hanya memperoleh faedah daripadanya, malah, mereka juga berjaya ekoran merit berkenaan.

Ini jelas terbukti bahawa UMNO, yang kini secara politiknya telah bankrup adalah tidak mampu untuk mengungkitkan isu lain selain kaum dan agama yang mana ia digunakan bukan hanya untuk menakutkan rakyat malah juga untuk menutup kelemahan-kelemahan mereka.

Daripada menfokuskan kepada kaum dan agama, kemungkinan UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya menjelaskan sebab kenapa mereka membenarkan pembinaan Loji Rare Earth Lynas di Kuantan, meskipun wujudnya bahaya ekoran tindakan terbabit. Bagi menjustifikasikan keputusan tersebut, mereka telah membawa panel pakar radiologi dari IAEA untuk mengkaji kes berkenaan. Bagaimanapun, bukan hanya panel tersebut tidak memiliki pakar kesihatan umum dan persekitaran, sebaliknya, IAEA dilihat sebagai dipandu oleh pihak industri dan dijangka membenarkan kelulusan mereka.

Mungkin Kerajaan BN juga cuba mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap skandal RM1.8 juta Facebook Kementerian Pelancongan. Rakyat Malaysia binggung dan tidak percaya dengan fakta bahawa Kementerian tersebut telah membelanjakan sejumlah wang yang terlalu mahal di dalam laman web media sosial yang padahal boleh diperoleh secara percuma.

Sekiranya Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen mendakwa bahawa wang tersebut turut dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan pengiklanan untuk kempen yang dijalankan oleh mereka, maka rakyat Malaysia ingin mengetahui mengapa begitu banyak wang telah dibelanjakan untuk laman sesawang Facebook yang hanya mampu mendapat lebih kurang 20,000 orang pengikut. Sebaliknya laman sesawang Facebook Melawat Pulau Pinang yang dibuat secara percuma dan dikendalikan oleh seorang kakitangan berjaya menarik lebih 100,000 pengikut.

Daripada terus mencari jalan untuk membazirkan wang rakyat, Ng Yen Yen dan pemimpin MCA lain harus berdiri untuk 'Big Brother' UMNO mereka dalam menghadapi ancaman yang berbahaya terhadap kaum dan agama.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional