red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Jumaat, 24hb Jun 2011: 

Apakah pelaburan luar biasa yang dinyatakan oleh Dr.Koh Tsu Koon berkaitan penubuhan sebuah pusat global dari Amerika Syarikat pada 16 Mei 2011 bahawa beliau turut memain peranan dalam membawanya ke Pulau Pinang? 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon harus membuktikan bahawa beliau mempunyai keberanian menyatakan pendirian sehingga beliau membuat pengumuman palsu tentang pelaburan oleh salah sebuah firma dari Amerika Syarikat dan bukannya cuba untuk menutup kegagalan beliau dengan satu lagi penipuan. Dr. Koh perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia, apakah pelaburan luar biasa yang dibuat oleh syarikat dari Amerika Syarikat untuk menubuhkan pusat global seperti yang dinyatakan beliau pada 16 Mei 2011, bahawa beliau turut memain peranan dalam membawanya ke Pulau Pinang?

Dr.Koh mendakwa bahawa beliau tidak pernah mengumumkan bahawa Motorola akan melabur sebanyak RM4 bilion di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Koh tidak bersikap jujur. Laporan dalam akhbar-akhbar utama, seperti The Star dan The Sun pada 17 Mei 2011 melaporkan bahawa Koh, mengatakan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan suatu pelaburan luar biasa dalam menubuhkan sebuah pusat global oleh salah sebuah firma dari Amerika Syarikat semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat.

Koh turut menyatakan dalam The Sun pada 17 Mei 2011 bahawa beliau memainkan peranan sebagai penasihat kepada syarikat Amerika Syarikat tersebut dalam proses membuat keputusan untuk melabur, dimana akan diumumkan oleh Najib di New York. Tepat sekali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 19 Mei 2011 bahawa jumlah pelaburan baru ini, sebanyak RM4 bilion oleh Motorola adalah untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan Global. Pengumuman baru tersebut telah dilaporkan secara meluas dalam semua akhbar termasuklah Bernama, The Star, The Sun, Utusan, Berita Harian dan juga di laman rasmi MIDA. (Lihat kronologi laporan akhbar di bawah).

Kini Koh mendakwa bahawa pelaburan baru bernilai RM4 bilion adalah suatu kesilapan oleh Reuters. Jika demikian, kenapakah kesilapan sebegini tidak diperbetulkan oleh semua media utama termasuk Bernama? Tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang sedar bahawa Najib dan Reuters telah membuat kesilapan dan tiada sebarang laporan pembetulan dilaporkan dalam media di Malaysia. Adakah media rasmi di Malaysia yang mengiringi Najib tidak cekap sehingga mereka tidak memperbetulkan kesilapan bernilai RM4 bilion tersebut? Hal ini tidak boleh jadi.

Pengumuman Najib mengenai pelaburan RM4 bilion telah menggembirakan rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mengucapkan terima kasih kepada Dr.Koh sekiranya beliau betul-betul membantu dalam membawa masuk pelaburan baru bernilai RM4 bilion ke Pulau Pinang. Tetapi ini Cuma omongan kosong oleh Koh, bukan sahaja mengecewakan rakyat Malaysia dan Pulau Pinang, malah mengaibkan Perdana Menteri kerana membuat pengumumam palsu di hadapan penonton warga asing di Amerika Syarikat.

Jika Motorola bukan syarikat Amerika Syarikat yang membuat pelaburan baru di Pulau Pinang seperti dinyatakan oleh Koh, maka Koh harus menjelaskan apakah jumlah dan manakah syarikat Amerika yang akan membuat pelaburan yang luar biasa kepada Pulau Pinang? Ramai warga Pulau Pinang menggelengkan kepala, walaupun Koh sudah 18 tahun berpengalaman sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang namun masih boleh membuat kesilapan yang memalukan itu.

Bolehkah Koh Tsu Koon tampil ke hadapan dan menyatakan pendirian beliau bahawa beliau telah melakukan kesilapan dan sudi belajar daripada kesalahan serta meningkatkan prestasi beliau dalam jawatan baru beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

*Kronologi Pengumuman Koh Tsu Koon Berkaitan Pelaburan Antarabangsa Oleh Salah Sebuah Firma Dari Amerika Syarikat Bermula 16 Mei 2011

'Extraordinary' investment by US firm soon
Himanshu Bhatt The Sun

GEORGE TOWN (May 16, 2011): Penangites can look forward to an "extraordinary" invesment initiative by an American multi-national giant during Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak's current working visit to New York.

In dropping the hint, Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the move by the unidentified company was due to the tireless effort of the federal government, in particular the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA).

"The company has been in Penang since the 70s and expanded here in the 90s. They are now going to set up a global centre in Penang," Koh, who is also the Penang Barian Nasional (BN) chairman, said at a press conference here today.

Without revealing details, Koh, who is also the former Penang chief minister, said he had played a role as an adviser to the company in coming to its decision, which is to be announced by Najib in New York.

Terjemahan:

Pelaburan "Luar Biasa" oleh Firma Amerika Syarikat Tidak Lama Lagi
Himanshu Bhatt The Sun

GEORGE TOWN (16 Mei 2011): Pulau Pinang boleh mengharapkan kepada pelaburan "luar biasa" inisiatif dari syarikat multinational terkemuka dari Amerika Syarikat semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke New York.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam pada itu berkata langkah yang diambil oleh salah sebuah syarikat yang tidak diketahui adalah hasil usaha gigih Kerajaan Persekutuan, khususnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

"Syarikat tersebut telah berada di Pulau Pinang sejak tahun 70-an lagi dan berkembang pesat di sini dalam tahun 90-an. Kini meraka akan menubuhkan sebuah pusat global di Pulau Pinang," Koh, yang juga Pengerusi Barian Nasional (BN) Pulau Pinang, berkata pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tanpa mendedahkan maklumat lanjut, Koh, yang juga mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata bahawa beliau memainkan peranan sebagai penasihat kepada syarikat tersebut dalam membuat sebarang keputusan, yang kelak akan diumumkan oleh Najib di New York.

Dr Koh: PM to announce 'extraordinary' investment for Penang
By CHRISTINA CHIN

GEORGE TOWN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will announce an "extraordinary" investment for Penang soon.

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Najib, who is currently abroad, is expected to reveal the details of a new initiative by a Penang-based multi-national company (MNC).

"The MNC has been in the state since the 1970s, and in the 1990s, was growing rapidly. It's now ready to scale greater heights by establishing a global centre in Penang."

Terjemahan:

Dr.Koh: Perdana Menteri akan mengumumkan pelaburan 'luar biasa' untuk Pulau Pinang
Oleh Christina Chin

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pelaburan 'luar biasa' untuk Pulau Pinang dalam tempoh terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata bahawa Najib, yang kini berada di luar negara, dijangka mendedahkan butiran inisiatif baru oleh salah sebuah syarikat multinasional (MNC) yang berpengkalan di Pulau Pinang.

"Syarikat MNC tersebut telah berada di sini sejak tahun 1970 dan pada tahun 1990 ia telah berkembang pesat. Kini ia bersedia untuk skala yang lebih tinggi dengan menubuhkan sebuah pusat global di Pulau Pinang."

On 19 May 2011, in 1malaysia official website headline "Firma AS Labur US$5-US$6 Bilion Di Malaysia, Kata Najib" - Perdana Menteri berkata Motorola, yang telah beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lepas dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

On 19 May 2011, in The Malaysian Insider portal with headline "Najib: US firms eyeing RM18b investments here" - Datuk Seri Najib Razak has said Malaysia can expect up to US$6 billion (RM18 billion) in investments by US firms over the next three years.

Major US telecommunications firm Motorola is also setting aside RM4 billion for its centre of excellence to be based in Penang, the prime minister said, adding that the company has been a long-time partner in the Malaysian economy.

Terjemahan:

Pada 19 Mei 2011, dalam portal The Malaysian Insider bertajuk "Najib: Firma AS mengintai peluang pelaburan RM18b di sini" - Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia menjangkakan jumlah pelaburan sehingga US$6bilion (RM18bilion) oleh sebuah firma AS untuk tiga tahun akan datang.

Syarikat telekomunikasi terkemuka AS, Motorola juga telah meletakkan RM4 bilion untuk penubuhan pusat kecemerlangannya yang akan berpusat di Pulau Pinang, Perdana Menteri dalam pada itu berkata, tambahan pula syarikat tersebut telah lama menjadi rakan perniagaan dalam ekonomi Malaysia.

On 20 May 2011, in Utusan portal with headline "Firma multinasional AS berminat" - Perdana Menteri berkata, Motorola yang telah beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lepas dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

On 23 May 2011, in MIDA website with headline "AS komited labor RM6 bilion" - Najib juga menemui beberapa tokoh perniagaan termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CE0) Forbes, Steve Forbes. Dalam pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional, Motorola yang beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lalu dengan pelaburan RM4 billion, kedua-dua pihak bekerjasama dengan MIDA untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di Pulau Pinang. Berita Harian


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional