red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teresakok.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Rabu, 30hb Mac 2011:

Negeri Selangor mendapat pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2008 - 2010 sejak Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Selangor

Data dari sumber MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM 29.3 billion bagi tempoh 2008 - 2010. Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM 27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Negeri Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi (905 projek) dan bilangan peluang perkerjaan yang tertinggi (80 ribu) berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.

Empat buah negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM 4.7 billion, diikuti oleh Jerman dengan RM 3.5 billion, Japan dengan RM3.4 billion dan Singapura dengan nilai RM 1.8 billion.

Data MIDA ini jelas menunjukkan bahawa tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas.

Kesimpulannya, ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Selangor masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.


* Teresa Kok Suh Sim, Pengerusi Negeri DAP Selangor, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan & Ahli Parlimen Seputeh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional