red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://liewchintong.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Liew Chin Tong di Parlimen pada hari Isnin, 21hb November 2011:

Yang Di-pertua Dewan Rakyat menolak usul khas atas krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti

Saya telah dimaklumkan oleh Yang Di-pertua Dewan Rakyat pada hari ini bahawa usul khas saya membahaskan krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Pahang telah ditolak.

Yang Di-pertua Dewan Rakyat menolak usul saya dengan alasan bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengambil langkah-langkah segera dengan mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha bas yang memberhentikan perkhidmatan bas.

Saya merasa kecewa terhadap keputusan Yang Di-pertua Dewan Rakyat kerana tidak memberikan peluang kepada wakil rakyat membahaskan perkara ini yang berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan.

Perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan telah ditamatkan oleh syarikat Konsortium Transnasional Berhad-Cityliner. Kerajaan Pulau Pinang juga dimaklumkan oleh syarikat tersebut bahawa perkhidmatan akan ditamatkan dalam 10 hari.

Persatuan syarikat-syarikat bas, iaitu "Pan Malaysian Bus Operators Association", juga telah memberi amaran bahawa 17 syarikat bas berhenti-henti akan memansuhkan 80 jalur perjalanan melibatkan 400 buah bas. Krisis ini jika tidak ditangani dengan segara akan mengakibatkan berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia terkandas dan mengalami kesulitan yang tidak terhingga.

Krisis perkhidmatan bas sebenarnya bukan saja melibatkan sektor bas berhenti-henti sahaja. Masalah bas jarak jauh yang kerap kali terlibat dalam kemalangan dan syarikat-syarikatnya yang mengalami masalah kewangan juga hendak ditangani dengan segera sebelum tragedi menjadi tidak terkawal.

Oleh itu, saya dalam usul asal itu menggesakan Dewan Rakyat memutuskan agar Jemaah Menteri menggubalkan dasar baru untuk perkhidmatan bas secara umum dan menyelesaikan krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti.


* Liew Chin Tong, Setiausaha Antarabangsa DAP & Ahli Parlimen Bukit Bendera

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional