red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teresakok.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Sabtu, 4hb Ogos 2012:

Chua Tee Yong hanya tahu membangkitkan alegasi talam berulang kali

Dua hari yang lalu, Chua Tee Yong telah membangkitkan satu pendedahan yang menakjubkan tetapi langsung tidak berasas. Beliau mengatakan syarikat Kerajaan Selangor telah membeli tanah terlebih nilai di Ulu Yam.

Bekas Kerajaan BN Selangor telah mengeluarkan hak milik tanah di Ulu Yam itu kepada Yayasan Selangor dan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad iaitu SAP Holdings Berhad. Susulan itu, SAP dan anak syarikat Talam Corporation telah memeterai satu perjanjian usahasama untuk membangunkan tanah Ulu Yam tersebut dengan syarat segala perancangan susun atur hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Oleh kerana tanah tersebut merupakan tanah bukit bercerun kelas 3 dan kelas 4, Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat memberi kebenaran perancangan untuk membangun tanah tersebut, SAP kemudian membatalkan perjanjian usahasama dengan Talam.

Chua Tee Yong sepatutnya menanya Kerajaan BN Selangor kenapakah memberi-milik tanah tersebut kepada SAP walaupun mereka tahu bahawa tanah bukit cerun tidak akan dibenarkan untuk menjalankan pembangunan?

SAP tidak pernah membeli tanah tersebut daripada Talam kerana ianya adalah dimiliki oleh SAP pada asalnya. SAP telah mengambil balik tanah tersebut melalui dokumen guaman pada Disember 2008. Saya rasa hairan bahawa Chua tidak membuat semakan sebelum mengadakan sidang akhbar dan malah menyalahkan Kerajaan Pakatan Selangor atas kesalahan bekas Kerajaan BN Selangor.

Saya menggesa Chua berhenti mempermainkan isu yang tidak relevan ini. Semakin banyak yang beliau dedahkan, maka semakin banyak juga yang beliau tidak faham terhadap isu yang dibangkitkan ini.

Saya menyeru beliau datang ke taklimat mengenai 'Hutang Talam Dan Air' pada pukul 10 pagi, hari Selasa, 7hb Ogos 2012 di Shah Alam Convention Centre, supaya beliau akan faham urusniaga tersebut secara keseluruhan dan mendapat kesemua jawapan yang beliau hendaki. Kalau tidak, adalah jelas bahawa beliau hanya ingin mencari publisiti murah atas isu yang beliau tidak faham.


* Teresa Kok Suh Sim, EXCO Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional