red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 24hb Ogos 2012: 

Cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Piang untuk mengharamkan gejala "Lompat Melompat" parti akan melindungi Rakyat Malaysia daripada ditipu dalam kerajaan pilihan mereka  

Dua puluh tahun sudah berlalu sejak mahkamah Malaysia membuka benteng untuk pembelotan politik dan "membolehkan pembiakan katak dan berudu" di kalangan wakil-wakil rakyat Malaysia dengan membenarkan asas pentadbiran demokratik di negara kita untuk diancam oleh politik rasuah dan sogokan. Dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh, Mahkamah Agung yang diterajui Tun Hamid Omar telah menegakkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Eusoffe Chin untuk membatalkan peruntukan Perlembagaan Kelantan yang mewajibkan pilihan raya kecil sekiranya seseorang Adun meninggalkan parti.

Sejak keputusan itu, rakyat Malaysia terpaksa menanggung apabila kerajaan-kerajaan yang dipilih secara demokratik di Sabah (1994) dan Perak (204) telah digulingkan secara tipu helah tanpa mengira pilihan rakyat di peti undi. Dalam kedua-dua kes ini, parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat Sabah dan Perak di pilihan raya umum telah dikembalikan ke tampuk kuasa tanpa memberi peluang kepada para pengundi di negeri-negeri tersebut untuk menyatakan hasrat mereka.

Tindakan mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat parti adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berpinsip serta menghina pilihan demokratik rakyat. Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula. Demokrasi, kebertanggungawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak.

Setelah dua dekad, adalah masa kita sebagai rakyat Malaysia mengkaji semula isu pembelotan politik supaya kita boleh menentukan sama ada pengundi atau politik rasuah yang menjadi penentu dalam negara kita. Cadangan saya supaya isu ini dikaji oleh EXCO Pulau Pinang, selepas menimbang pendapat Penasihat Undang-undang Negeri, adalah untuk mempertimbangkan pindaan Perlembagaan Pulau Pinang untuk mewajibkan mana-mana Adun yang meninggalkan parti untuk diadili oleh pengundi dalam pilihan raya kecil. Kami sebagai wakil rakyat harus menjawab kepada rakyat, dan harus menerima pilihan rakyat.

Pindaan ini akan memberi peluang kepada Mahkamah Persekutuan, iaitu pengganti Mahkamah Agung, untuk menimbang semula isu yang diputuskan dua puluh tahun lalu dalam kes Nordin Salleh, yang telah menjadi punca huru hara politik di negara kita. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan lama yang jelas salah.

Seperti dalam pengkajian semula oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Boonsom Boonyanit yang membolehkan pemilik tanah untuk ditipu, Mahkamah Persekutuan akan mendapat peluang untuk menimbang semula dan menterbalikkan keputusan salah dalam kes Nordin Salleh yang telah menjadi punca rakyat Malaysia ditipu dua kali dalam pemilihan kerajaan negeri.

Kewajiban untuk letak jawatan atas katak yang melompat adalah satu tindakan yang sah di sisi Perlembagaan dan diamalkan di demokrasi paling besar dunia – India.

Penentangan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek terhadap undang-undang anti-katak yang dicadangkan ini hanya mendedahkan BN sebagai oportunis yang bersedia untuk berdagang dalam pembelotan yang tidak bermoral. Cadangan Chua untuk menghentikan "pembiakan katak dan berudu" dengan meminda peraturan parti atau perlembagaan parti adalah tidak bermakna dan tidak berkesan kerana ia tidak akan mewajibkan perletakan jawatan.

Cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk mengharamkan gejala lompat melompat parti oleh wakil rakyat dengan memaksa pilihan raya kecil untuk mendapat mandat baru daripada rakyat akan memberi peluang kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan kes Nordin Salleh untuk melindungi rakyat Malaysia daripada ditipu dalam kerajaan negeri pilihan mereka sekali lagi seperti yang telah berlaku di Sabah dan Perak.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional