red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 14hb Februari 2012: 

Adakah PM bersetuju dengan dua ahli Kabinetnya bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil patut kembalikan RM250 Juta dalam Skandal NFC? 

Adakah Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak bersetuju dengan dua Ahli Kabinetnya bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil patut mengembalikan RM250 juta dalam skandal lembu dan kondo NFC dan juga menjadikan bantuan kewangan RM100 kepada pelajar sekolah dan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai program tahunan?

Pertamanya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kelmarin telah membalas cadangan saya bahawa bantuan kewangan RM100 kepada pelajar sekolah dan RM500 untuk keluarga miskin harus diberi setiap tahun. Saya telah menzahirkan kekecewaan kerana Kerajaan BN hanya melaksanakan inisiatif ini menjelang Pilihan Raya Umum dan bukan setiap tahun.

Bantuan kewangan yang diberi ini adalah tiruan daripada inisiatif bantuan kewangan sosial PR Pulau Pinang seperti RM100 setiap tahun dalam Program Penghargaan Warga Emas. Tetapi, tidak seperti PR, Kerajaan BN tidak enggan menyatakan sama ada program ini akan dibuat secara tahunan. Datuk Shafie telah berkata bahawa program ini hanya boleh diteruskan jika ekonomi terus berkembang.

Ini merupakan janji bersyarat yang tidak ikhlas oleh Datuk Shafie, kerana sebuah kerajaan yang bertanggungjawab harus memberi bantuan kewangan tahunan kepada golongan miskin. Datuk Shafie harus diingati bahawa adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Kenapakah harus golongan miskin dihukum kerana prestasi kewangan kerajaan yang lemah?

Tanggungjawab asas kerajaan kepada golongan miskin adalah penting dan tidak patut tertakluk kepada pengurusan dan prestasi ekonomi yang lemah oleh BN. Jika Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang boleh memberi jaminan bantuan kewangan tahunan kepada golongan yang memerlukannya walaupun bajet Pulau Pinang adalah 200 kali lebih kecil daripada bajet Kerajaan Persekutuan BN, tidak ada sebab kenapa BN tidak berani membuat komitmen tahunan yang serupa.

Kegagalan BN untuk membuat komitmen tahunan ini hanya memperkukuhkan hakikat bahawa inisiatif ini bermotif politik dan merupakan cubaan untuk membeli undi menjelang Pilihan Raya Umum tahun ini. Bolehkah Datuk Seri Najib membuat komitmen yang teguh seperti Kerajaan-kerajaan Negeri PR bahawa bantuan kewangan yang menelan belanja RM1.8 bilion atau RM500 seisi rumah untuk 3.4 juta isi rumah dan RM550 juta atau RM100 seorang pelajar untuk 5.5 juta pelajar boleh "diinstitusikan" sebagai program tahunan?

Adakah Datuk Seri Najib juga bersetuju dengan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil boleh menyelamatkan jawatan Kabinetnya dengan membayar balik pinjaman RM250 juta yang telah diberi untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kian menjadi skandal? Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang Menteri Kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga bahawa kesalahan telah berlaku.

Nazri bertambah, "Beliau tidak harus letak jawatan. Yang paling penting, kembalikan duit itu kepada kerajaan. "Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini." Kenapakah duit harus dikembalikan jika tidak ada kesalahan? Pun begitu, pengembalian duit tidak mencukupi. Tindakan harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab dan Shahrizat juga harus letak jawatan. Dan satu lagi, kenapakah tender terbuka tidak dilaksanakan dari permulaan?

BN harus ingat bahawa dana umum daripada pinjaman RM250 juta telah digunakan oleh Shahrizat dan keluarganya untuk perbelanjaan peribadi, pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam kenyataan balas mengenai dakwaan bahawa NFCorp telah membeli dua unit kondominium mewah bernilai RM34 juta di Marina Bay Suites Singapura, anak Shahrizat iaitu Wan Shahinur Izmir telah menjelaskan bahawa syarikat telah mengambil keputusan untuk membuat pelaburan hartanah supaya dapat memanfaatkan duit pinjaman itu dengan lebih produktif semasa projek tersebut dihentikan sementara.

Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta. Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional