red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 16hb Februari 2012: 

Ini merupakah hari sedih untuk Malaysia apabila kita tidak dapat menjaga yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican  

Ia telah dilaporkan semalam bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara. Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power. Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri. Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit. Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka. Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar.

Ini merupakan hari yang menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat menjaga yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican yang merupakan senarai terbaru dalam perpindahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja di luar negara di Singapura. Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional