red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan persidangan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Isnin, 20hb Februari 2012: 

Media kawalan BN cuba menutup serangan peribadi yang dilakukan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek 

Sementara saya tidak lari dengan tajuk debat "Adakah sistem dua parti membawa kepada sistem dua bangsa" pada 18 Februari 2012 dan dielak membuat serangan peribadi menentang Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, media kawalan BN terdesak untuk menutup serangan peribadi yang dilakukan Chua bukan sahaja kepada saya tetapi juga terhadap pendahulunya, Datuk Seri Ong Tee Keat. Media kawalan BN langsung tidak menyatakan bahawa serangan peribadi datang dari Chua.

Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka tiada sebarang keraguan bahawa Chua adalah pemenang. Walau bagaimanapun, saya enggan terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan sebuah pertandingan yang berlandaskan idea, cita-cita dan prinsip-prinsip. Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton.

Mujurlah cubaan tersebut oleh media kawalan BN, bukan sahaja kepada saya tetapi yang paling memeranjatkan terhadap Ong Tee Keat, tidak berjaya kerana debat itu disiarkan secara langsung. Inilah sebabnya mengapa debat Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia bulan depan bersama Chua mesti disiarkan secara langsung supaya tidak ada penyelewengan apa yang sebenarnya terjadi.

Contoh yang jelas ialah merupakan pembohongan berulang oleh pemilik akhbar The Star- MCA. Semalam saya telah menulis surat kepada Pengarah Eksekutif/Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai bahawa saya tidak dapat membiarkan atau menerima apabila The Star mengada- adakan cerita yang saya tidak pernah cakap. Di bawah artikel "What they said" dalam halaman 6 akhbar The Star pada 19.2.2012, saya telah dilaporkan berkata,

"We do not agree the Prime Minister must always be Malay because we want the people to decide."

("Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan")

Disebabkan The Star adalah milik MCA, saya menghormati hak The Star untuk menyiarkan "laporan berat sebelah" mengenai pendebatan tersebut. Walau bagaimanapun, petikan yang dikeluarkan itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang rujukan atau apa juga sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini ketika perbahasan. Saya kesal bahawa The Star tidak mencetak surat saya dan hanya mengakui kesilapan tersebut dengan berat hati dalam edisinya hari ini.

Saya amat terperanjat apabila kesilapan sama disiarkan oleh kolumnis Star, Baradan Kuppusamy dalam kolumnya hari ini di halaman 24 di bawah tajuk "All hype but no climax?" (semua gembar-gembur tetapi tiada kemuncak?") di mana Baradan menulis, "Furthermore, he(Lim) said the Pakatan did not agree that only a Malay could be the Prime Minister, and that this should be put to the people to decide." (Tambahan Lim berkata Pakatan tidak bersetuju bahawa hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, dan ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan").

Ini bukan merupakan satu- satunya penipuan oleh Baradan. Satu lagi penipuan oleh Baradan dalam kolumnya ialah saya hanya mahu debat kedua dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk membaiki kerosakan reputasi selepas perdebatan dalam bahasa Mandarin itu. Saya telah menulis sebelum debat pada 18 Februari 2012 iaitu pada 15 Februari 2012 meminta perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia demi kebaikan orang bukan Cina. Ini telah dipersetujui oleh Chua sebelum membuat keputusan sebelum perdebatan pertama dalam Mandarin ini.

Atas sebab itu, The Star seharusnya menarik balik dan memohon maaf untuk kolum Baradan yang tidak patuh kepada fakta selaras dengan semangat "Comment is free, but facts are sacred!".

Saya tidak mempunyai bantahan terhadap pendebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia diadakan di Kuala Lumpur di lokasi yang sama iaitu Berjaya Times Square atau mana-mana pihak penganjur dengan syarat ia aalah neutral dan memastikan layanan yang adil kepada kedua-dua pendebat. Tidak seharusnya ada ulangan debat dalam bahasa Mandarin yang dianjurkan bersama oleh MCA di mana MCA telah menghimpunkan 12 daripada 13 soalan yang ditanya daripada ahli-ahli MCA yang mengarahkan kecaman terhadap saya.

Bagaimana saya boleh menjawab 12 daripada 13 soalan dalam 3 minit terutamanya apabila kebanyakan daripada mereka adalah dusta? Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak menjawab pembohongan kerana debat seharusnya dilakukan demi kebenaran dan polisi-polisi yang Pakatan Rakyat mahu laksanakan untuk mengubah Malaysia. Dasar-dasar ini perlu dibentangkan untuk pertimbangan penonton kerana kita mahu sebuah negara polisi bukan negara polis. (policy state not a police state.)


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional