red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 23hb Februari 2012: 

Keengganan Chua Soi Lek untuk mengeluarkan transkrip debatnya hanya akan mendedahkan bahawa beliau bertumpu kepada serangan peribadi, penipuan dan menggunakan taktik pecah belah 

Laporan polis oleh MCA Selangor terhadap saya semalam hanya menonjolkan betapa terdesaknya mereka untuk menutup kelakuan Presiden MCA yang membuat serangan peribadi, penipuan dan taktik pecah belah dalam debat Bahasa Mandarin yang bersejarah pada 18.2.2012 atas topik "Adakah Sistem Dwi-Parti Akan Menjadi Sistem Dua Ras?" Meskipun 10 ataupun 100 laporan polis dibuat terhadap saya oleh MCA Selangor, ia tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa Chua sampai sekarang enggan mengeluarkan transkrip debatnya sendiri dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris.

Keengganan Chua Soi Lek untuk mengeluarkan transkrip debatnya sendiri dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris hanya akan membuktikan kepada rakyat Malaysia yang tidak berbahasa Cina bahawa beliau telah bertumpu kepada serangan peribadi, penipuan dan menggunakan taktik pecah belah semasa debat Mandarin yang bersejarah pada 18.2.2012 itu. Chua bukan sahaja menyerang saya secara peribadi tetapi juga menjadikan presiden terdahulu Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai sasaran juga.

Saya sengaja enggan membalas serangan peribadi dengan Chua semasa debat itu kerana saya percaya bahawa debat itu seharusnya menjadi pertandingan idea, idealisme dan prinsip. Chua tahu bahawa transkrip debatnya hanya akan mendedahkan serangan peribadinya yang tidak berasas terhadap saya dan juga Ong Tee Keat. Lagi teruk, Chua akan didedahkan kerana menggunakan taktik pecah belah terhadap rekod PR.

MCA dan Chua menggunakan kuasa mereka ke atas media massa BN untuk menutup serangan peribadi Chua dan memutar belit laporan mengenai debat itu untuk menipu. Malah The Star pun terpaksa meminta maaf kepada saya akibat keghairahannya untuk menutup keburukan prestasi Chua. Fakta dan angka tidak menipu. Biarlah transkrip debat menjadi bukti.

Demi kepentingan kebenaran sejarah, Chua harus mengikut tindakan saya dengan mengeluarkan transkrip debat dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk faedah rakyat Malaysia yang tidak berbahasa Cina. Semalam, saya teah mengeluarkan transkrip debat dalam Bahasa Malaysia. Hari ini, saya mengeluarkan transkrip Bahasa Inggeris yang jelas membuktkan bahawa saya tidak menggunakan serangan peribadi terhadap rekod beliau atau membangkitkan masa lalunya.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional