red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan persidangan media oleh Lim Guan Eng in Komtar, George Town pada hari Selasa, 31hb Januari 2012: 

Adakah BN Pulau Pinang akan membayar RM40 juta sekiranya Kerajaan Negeri gagal dalam rayuan mahkamah dalam skandal tanah Tang Hak Ju ataupun membayar RM14.7 juta yang tidak dikembalikan sekiranya Kerajaan Negeri menang di mahkamah?  

Adakah BN Pulau Pinang akan membayar RM40 juta(termasuk faedah 8% sejak Februari 2005 sebanyak RM10 juta) sekiranya kerajaan negeri gagal dalam rayuan mahkamah dalam skendal tanah Tang Hak Ju ataupun membayar RM14.7 juta yang tidak dikembalikan sekiranya kerajaan negeri menang di mahkmah? Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendepositkan wang sejumlah RM14,678,135.50 ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah pada 19 Febuari 2009sungguhpun skendal tanah ini berlaku pada pentadbiran lama.(deposit dilampirkan bersama)

Berikutan suatu keputusan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengurangkan bayaran ganti rugi untuk Tang Hak Ju kepada RM500,000/-, Pengerusi Gerakan dan UMNO Pulau Pinang telah mendesak saya meminta maaf dan menarik balik istilah skendal yang digunakan kerana ia tidak melibatkan kerugian RM40 juta tetapi hanya RM500,000/-. Permintaan ini memang tidak masuk akal kerana samada ia melibatkan kehilangan wang kerajaan RM40 juta ataupun RM500,000, ia tetap adalah skendal tanah kerana membabitkan kehilangan wang rakyat.

Saya telah menolak desakan BN dan mencabar mereka saman malu saya atau kerajaan negeri. Malangnya sehingga hari ini baik Gerakan, Teng Hock Nan ataupun UMNO Pulau Pinang gagal berbuat demikian. Sekiranya kerajaan negeri PR berjaya mengurangkan pembayaran kepada RM500,000, adakah BN sedia tanggung jumlah ini dan juga RM14.7 juta deposit yang telahpun dibayar kepada Tang Hak Ju jika Tang Hak Ju enggan memulangkan RM14.7 juta ini?

Bayaran deposit RM14.7 juta merupakan 50% daripada jumlah kos ganti rugi sebanyak RM29.4 juta kepada Tang Hak Ju dan tidak mengambilkira bayaran faedah yang dianggarkan sebanyak RM10 juta. Kes ini berlaku bila kerajaan BN yang lama “tersilap’ dengan memberikan kelulusan tanah seluas 10.6 ekar dan permit kuari kepada Tang Hak Ju atas tanah yang tidak dimiliki kerajaan negeri tetapi oleh pihak swasta.

Sungguhpun begitu banyak wang rakyat kehilangan, tidak ada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab kecuali suatu amaran sahaja. Hanya bila PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, barulah pegawai tersebut dipindah kepada jabatan lain. Saya ingin tahu mengapakah mereka tidak pernah meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang tentang skendal tanah ini.

Kerajaan Negeri PR kesal ahli-ahli pentadbiran dulu seperti Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Dr Teng Hock Nan enggan bekerjasama dalam skendal tanah ini, khususnya mengapa mereka tidak mahu menyelesaikan kes ini di luar mahkamah yang ditawarkan oleh Tang Hak Ju dengan ganti rugi yang jauh lebih rendah iaitu RM1.8 juta. Dengan kadar 8% sejak tahun Februari 2005 ke atas ganti rugi RM29.4 juta, itulah sebabnya jumlah kehilangan adalah sebanyak RM 40 juta.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional