red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 6hb Julai 2012: 

Astro hanya boleh membuktikan komitmen mereka dengan laporan tidak berat sebelah dengan menyiarkan siaran langsung debat antara saya dan Chua Soi Lek 

DAP melahirkan rasa terkejut ekoran keengganan Astro Awani untuk menyiarkan siaran secara langsung debat antara saya dan Chua Soi Lek berkenaan tajuk 'DAP dan MCA : Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada negara?' dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia pada 8 Julai (Ahad) di Pusat Konvesnyen Sunway Piramid, Kuala Lumpur. Selepas perdebatan pertama dalam bahasa Mandarin antara kami berdua, Astro telah berulang kali membuat tindakan susulan dengan pejabat saya berhubung perkara bila untuk mengadakan debat kali kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia.

Astro telah menyatakan tanpa sebarang keraguan bahawa mereka mahu menyiarkan debat secara langsung dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia. Saya telah menyemak dengan Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Michael Yeo yang telah mengesahkan bahawa ASLI tidak mengenakan sebarang caj kewangan untuk siaran langsung debat tersebut. Dengan tiada halangan kewangan dan minat penonton awam yang tinggi, tidak ada alasan komersil oleh Astro untuk tidak menyiarkan debat ini secara langsung di mana ia akan menaikkan rating penonton untuk Astro.

Jelas sekali mesti terdapat tekanan politik telah dikenakan ke atas Astro untuk tidak menyiarkan siaran secara langsung debat kali ini. Penjelasan yang diberikan oleh Astro bahawa mereka memerlukan masa untuk menyediakan sarikata itulah menyebabkan siaran langsung tidak dapat dijalankan sebaliknya hanya akan menyiarkan siaran tertunda. Sesungguhnya penjelasan ini adalah tidak logik dan alasan semata kerana semua orang memahami bahasa kebangsaan. Jika debat Bahasa Mandarin boleh disiarkan secara langsung tanpa sarikata, atas keperluan apakah sarikata untuk debat dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia ini.

DAP mengesyaki bahawa keengganan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai debat umum dan penjelasan lemah daripada Najib bahawa debat bukan sebahagian daripada budaya politik kita, adalah sebab untuk Astro tidak mengikut minat sebelum ini untuk tidak mengadakan siaran secara langsung ini.

DAP kesal siaran tertunda ini tidak akan memberi keadilan bagi meningkatkan kesedaran awam dan perbincangan umum kerana ia sangat penting untuk masa depan rakyat Malaysia. Alasan untuk mengadakan siaran tertunda kerana ia diadakan pada sebelah petang iaitu apabila kebanyakan rakyat Malaysia tidak berada di rumah pada jam 2.30 - 4.30 pm adalah tidak berasas. Dalam kes ini, Astro juga perlu menghentikan siaran sebarang program dalam tempoh masa antara 2.30 - 4.30 pm. Astro hanya boleh membuktikan komitmen mereka dengan laporan tidak berat sebelah dengan menyiarkan siaran langsung debat antara saya dan Chua Soi Lek pada 8 Julai 2012.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional