red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Perutusan Ulangtahun DAP ke-46 oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 18hb Mac 2012: 

Kewujudan politik DAP dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN 

Sempena ulangtahun ke-46 DAP sejak penubuhannya pada 18 Mac 1966, DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahli menggandakan usaha untuk memastikan PR memenangi PRU yang akan datang supaya DAP boleh kekal berkuasa di kerajaan-kerajaan negeri dan harap-harap juga di Kerajaan Persekutuan. Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya. Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka.

Pemimpin-pemimpin PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan saya sendiri telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila kami menghadiri acara-acara awam. Malah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh seorang penyokong BN di Pahang. Ini bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal.

Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah. Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan. Walaupun ˇ°mangsaˇ± wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger Umno yang menyebarkan pembohongan ini.

Kewujudan politik DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders) dan juga Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu. Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan IC kepada mereka, dan keengganan untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaya untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan baru-baru ini peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk sebab ini para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik BN 4M dan 4R ini supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional