red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 20hb Mac 2012: 

Seruan kepada Perdana Menteri supaya memberikan layanan setimpal kepada Pulau Pinang  

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Perdana Menteri pada hari ini agar Y.A.B. Perdana Menteri dapat memberikan layanan setimpal kepada Pulau Pinang dengan menambahkan peruntukan daripada RM2.88 billion di bawah RMK-10 kepada lebih RM7.2 billion. Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal bahawa hanya RM2.88 billion diperuntukan bagi melaksanakan 259 program/ projek bagi RMK-10 berbanding dengan RM6.54 bilion bagi melaksakan sebanyak 993 program/ projek di bawah RMK-9.

Memandangkan bahawa RMK-10 telah ditambah sebanyak 10peratus berbanding RMK-9, maka jumlah peruntukan untuk Pulau Pinang juga harus ditambah 10peratus daripada RM6.54 bilion di bawah RMK-9 kepada RM7.2 bilion di bawah RMK-10. Kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskrimanasi terhadap negeri Pulau Pinang hanya kerana rakyat negeri ini telah memilih secara demokrasi Pakatan Rakyat untuk memerintah Pulau Pinang.

Kerajaaan Persekutuan harus ingat bahawa Pulau Pinang memberikan sumbangan signifikan dalam pembayaran cukai dan duti kepada Kerajaan Persekutuan. Tambahan pula, Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan menarik pelaburan ke Malaysia dan Pulau Pinang. Ini ketara dibuktikan dengan pencapaian cemerlang Pulau Pinang menjadi jaguh pelaburan di Malaysia secara dua tahun berturut- turut dengan RM12.24 billion dalam tahun 2010 dan RM9.1bilion dalam tahun 2011.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan terus mengambil pendekatan diskriminasi yang tidak matang ini, ia hanya memakan tuan kerana yang rugi bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga Malaysia. Bak kata pepatah Melayu "marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar".

Soalan bertulis yang dikemukakan oleh saya kepada Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Pulau Pinang di bawah RMK-10 berbanding dengan RMK-9 dan sila nyatakan secara terperinci projek-projek, khususnya kos projek jalan demi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan perparitan/ longkang untuk mengatasi banjir kilat.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.88 bilion bagi melaksanakan sebanyak 259 program/projek bagi rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi Negeri Pulau Pinang. Sementara itu, dalam Rancangan Malaysian Kesembilan (RMK-9)bagi tahun 2006-2010, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM6.54bilion bagi melaksanakan sebanyak 993 program/projek.

Untuk makluman Ahli Yang berhormat juga, daripada jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM873.43juta bagi melaksanakan 50 projek pembinaan jalan dan jambatan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Manakala itu, sebagai langkah untuk mengatasi masalah banjir kilat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM234.96 juta bagi melaksanakan 30 projek untuk mengatasi masalah banjir kilat dalam tempoh RM-9 hingga rolling plan pertama RMK-10.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional