20% royalti minyak dapat menberikan banyak kebaikan kepada Sabah

Persoalan samada Sabah sepatutnya menerima lebih daripada 20% royalti minyak telah di bangkitkan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen baru-baru ini. Pakatan Rakyat telah mencadangkan peninkatan 20%.

Jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa bayaran bagi pengeluaran petroleum dari Kerajaaan Pusat kepada kerajaaan negeri adalah berdasarkan kepada Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang ditandatangani antara Petronas dan pihak-pihak dalam PSC seperti Shell,Exxonmobil dan lain-lain. Untuk melaraskan peratusan perkongsian, ia mesti dirujuk kembali kepada Petronas dan PSC.

Walaupun peratusan perkongsian dengan negeri yang berkenaan hanyalah 5%, namun begitu kerajaan Persekutuan telah memperuntukan beberapa dana pembangunan yang besar kepada negeri-negeri yang terbabit. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada royalti minyak sebenar yang diterima oleh kerajaaan.

Untuk Rancangan Malaysia Ke-9 dan ke-10, Sabah telah menerimas peruntukan pembangunan tertinggi. Dalam RMK-9, sebanyak RM20.31billion telah diagihkan kepada negeri Sabah. Di dalam Pelan Pusingan pertama dalam Rancangan Malaysia ke-10, Sabah telah menerima RM10.7 billion dan RM7.3 billion dalam Pelan Pusingan kedua.

Peruntukan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10, tidaklah seperti apa yang dilihat. Dalam hakikat sebenar hanya peruntukan sebanyak RM4 billion yang telah diberikan kepada Sabah dalam RMK-9 dan banyak projek pembangunan tidak disiapkan sehingga RMK-10. Peruntukan ini tidaklah sehebat yang disangkakan jika dibandingkan dengan pungutan cukai yang dikutip oleh kerajaaan persekutuan daripada negeri Sabah dan ini ditambah pula dengan hasil minyak dan gas (yang berjumlah sebanyak 95%). Sabah sepatutnya diberi 2 kali ganda jumlah peruntukan untuk mengejar pembangunan dimana negeri Sabah ketinggalan jauh ke belakang. Telah bertahun lamanya Sabah ketinggalan jauh kebelakang dari negeri-negeri lain dari segi ekonomi,perindustrian, pertanian, pendidikan, kesihatan dan pembangunan.

Oleh itu menjadi hak Sabah untuk menuntut 20% royalti minyak. Sabah hanya menerima anggaran RM1 billion seperti yang dinyatakan dalam Bajet Negeri pada tahun 2013, manakala Pakatan Rakyat telah menjanjikan perkongsian 20% apabila ia mula berkuat kuasa dan jumlah tersebut adalah sebanyak RM4 billion. Jumlah ini dapat membina semula ekonomi kita yang terbengkalai dan tergendala sekian lama. Untuk mencapai apa yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan BN, satu-satunya cara adalah untuk menyokong PR menjadi kerajaan.

Dr Hiew King Cheu Ahli Parlimen Kawasan Kota Kinabalu