Shaik Hussein perlu pohon maaf dalam 24 jam

Berkenaan dakwaan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng rasuah oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Shaik Hussein, saya bagi pihak Lim Guan Eng mengkehendaki Shaik Hussein menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam.

Shaik Hussein telah membuat tuduhan bahawa Lim Guan Eng menerima habuan daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) dalam sidang media yang dipanggil oleh Pemuda Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang Jumaat yang lalu. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Shaik Hussein.

Berdasarkan laporan bertarikh 5 Oktober 2012 oleh Malaysiakini.com:

"Shaik Hussein accused Lim [Guan Eng] of corruption when he said Lim had "received bribes" from the company - Kuala Lumpur International Dental Centre - which won the bid to develop the land into a medical centre."

Berdasarkan laporan bertarikh 6 Oktober 2012 oleh Utusan Malaysia:

"Menurutnya, tempoh 30 hari yang tidak munasabah itu sebenarnya memberi peluang kepada Pemuda BN mengesyaki bahawa Guan Eng mempunyai kepentingan dengan pembeli tapak tanah berkenaan, iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC)."

Berdasarkan laporan bertarikh 6 Oktober 2012 oleh Nanyang Siang Pau:

Berikutan Naib Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang H'ng Koon Leng yang perlu senyap selepas menerima surat guaman Ketua Menteri Pulau Pinang, kini Timbalan Ketua Pemuda Barisan Nasional Shaik Hussein pula secara melulu mendakwa Lim Guan Eng rasuah dan mendakwa dirinya tidak takut akan dengan surat guaman yang akan dikeluarkan. "Beliau terlibat dengan rasuah dalam urusan penjualan tanah Taman Manggis kepada sebuah hospital pergigian di Kuala Lumpur. Saya tetap ingin bercakap demikian, keluarkanlah surat guaman kepada saya!"

Walaupun syarikat tersebut iaitu KLIDC ditawarkan tender untuk membangunkan tanah seluas 1.1 ekar sebagai pusat perubatan, namun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional telah melemparkan segala tuduhan yang tidak berasas terhadap pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, termasuk tuduhan rasuah yang amat serius terhadap Lim Guan Eng.

Maka, adalah perlu bagi Shaik Hussein menarik balik tuduhan tersebut serta memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Lim Guan Eng mengambil tindakan mahkamah terhadap Shaik Hussein.

Sebelum itu, Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow juga mendakwa bahawa Lim Guan Eng dan 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, iaitu Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai, Danny Law Heng Kiang serta Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri mempunyai kepentingan peribadi dalam urusan penjualan Taman Manggis.

Walaupun kita mencabar Teng Chang Yeow untuk membuktikan tuduhannya, tetapi Teng sehingga kini gagal untuk berbuat demikian. Malah, Teng Chang Yeow enggan menanggung tanggungjawabnya sehingga mendakwa isu tersebut dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda BN dan bukannya sendiri.

Kini, H'ng Khoon Leng dan Shaik Hussein pula mengikuti jejak Teng Chang Yeow dengan membuat tuduhan sama yang tidak berasas. Sandiwara-sandiwara politik sedemikian akhirnya akan menyebabkan rakyat jelata kehilangan keyakinan terhadap Barisan Nasional.

Ng Wei Aik Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang & Ketua DAPSY Negeri Pulau Pinang