Ucapan Tony Pua Kiam Wee dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Pengerusi,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menjadi alat politik kerajaan Barisan Nasional untuk menganiayai syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM) dengan menggunakan pelbagai cara ekstreme untuk mencari pasal tentang mereka. Motif tindakan yang telah diambil oleh pihak SSM adalah jelas, iaitu untuk membungkus syarikat tersebut dan menyekat kes siasatan mahkamah yang tengah dijalankan di negara Perancis di mana pimpinan Barisan Nasional, termasuk YAB Perdana Menteri sendiri terlibat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

YB Menteri sendiri telah menyatakan di luar parlimen pada 18 September bahawa Suaram akan diheret ke mahkamah atas sebab “akaun yang mengelirukan” walaupun kuasa tindakan mahkamah terletak pada tangan Peguam Negara. Dan sampai hari ini, kita tidak melihat sebarang tindakan yang akan diambil oleh pejabat Peguam Negara yang menunjukkan bahawa segala tuduhan Menteri adalah tidak berasas.

Kita nak jelaskan bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak menolak tindakan diambil ke atas mana-mana syarikat yang menyalahi undang-undang, tetapi segala tindakan mestilah adil dan tidak mempunyai unsur-unsur mala-fide. Akan tetapi, tindakan ke atas Suaram adalah “unprecedented” dan telah melibatkan pelbagai agensi kerajaan – termasuk polis, ROS, walaupun sampai hari ini, tiada sebarang bukti kesalahan dikemukakan.

Akan tetapi pada masa yang sama, beratus-ratus syarikat yang telah didapati menyalahi undang-undang, kita tidak melihat sebarang tindakan bersungguh-sungguh ke atas syarikat tersebut.

Misalnya, Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa SSM telah gagal untuk mendakwa pihak pengarah yang saman berhutang melebihi setengah juta ringgit.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada diberikan contoh di mana Pengarah tersebut telah mendaftar sebanyak 683 syarikat dan dikenakan 135 kompaun berjumlah RM640,000. Akan tetapi tiada sebarang tindakan telah diambil.

Laporan audit juga mendapat bahawa SSM telah lewat mengutip saman kompaun selepas 44 hari dan lewat merujukkan kes ke pejabat pendakwa raya. Sepatutnya, setiap saman perlu dijelaskan dalam jangka masa 14 hari dan dirujuk ke pejabat pendakwa raya selepas 30 hari.

Laporan Ketua Audit Negara juga menyenaraikan 4 lagi kes yang agak sama, di mana pihak pengarah syarikat telah dikenakan antara 85 sehingga 135 kompaun berjumlah antara RM490,000 ke RM640,000.

Walaupun pihak pengarah ini telah gagal menjelaskan saman mereka yang begitu besar, mereka masih dibenarkan untuk mendaftar syarikat baru, tanpa sebarang sekatan.

Yang paling “irony” adalah, walaupun siasatan dan tindakan mahkamah ke atas Suaram telah disegerakan oleh YB Menteri, Ketua Audit Negara mendapati bahawa jumlah kes yang dirujuk ke pejabat pendakwa adalah amat kurang.

Di Kuala Lumpur, kes yang telah dirujukkan adalah hanya 1.5% atau kompaun bernilai RM8.59 juta ringgit daripada jumlah sepenuh RM554.94 juta. Kalau kerajaan dapat mengutip kesemua kompaun ini, ia akan secara langsung dapat membiayai subsidi gula dengan sepenuhnya bagi tahun depan!

Oleh kerana itu, tindakan tergesa-gesa SSM ke atas Suara Inisiatif jelas merupakan tindakan politik dan membalas dendam oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Apatah lagi, terdapat begitu banyak syarikat berkaitan dengan UMNO yang pihak SSM sampai hari ini masih belum mengambil sebarang tindakan. Saya hanya namakan 5 syarikat yang saya kenali sahaja, dan saya cukup yakin ada berpuluh-puluh syarikat crony UMNO yang ada dalam keadaan yang sama.

1. YGP Holdings Sdn Bhd has failed to file their audited accounts since 31 December 2006. The company directors are UMNO Youth Chief and Member of Parliament for Rembau, Khairy Jamaluddin, Member of Parliament for Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. The company shareholders include Minister of Defence, Dato’ Seri Zahid Hamidi.

2. National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd has failed to file their audited accounts since 31 December 2007, and yet the Government of Malaysia has last month granted their subsidiary a license to operate an airline in Malaysia launched by none other than the Prime Minister, Dato’ Seri Najib Razak himself. The Chairman of the company is Tan Sri Gen (Rtd) Mohd Hashim bin Mohd Ali.

Apatah lagi, dua orang anak YB Rompin yang berumur 27 dan 25 merupakan pemilik saham melebihi 10% di dalam syarikat NADI. Adakah, syarikat besar ini dikecualikan daripada Akta Syarikat atas perkaitan tersebut?

3. National Feedlot Corporation Sdn Bhd has failed to file their audited accounts since 31 December 2009, while Real Food Company Sdn Bhd and National Meat & Livestock Company Sdn Bhd have failed to file their since 30 June 2007. The Directors of the company are family members of UMNO Wanita Chief and former Minister of Women, Family and Community Development – husband, Datuk Dr Mohd Salleh bin Ismail, as well as children, Wan Shahinur Izmir Mohd Salleh, Wan Shahinur Izran Mohd Salleh and Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohd Salleh.

Kesemua pengarah di dalam syarikat-syarikat ini telah melanggari undang-undang Akta Syarikat 1965 kerana mereka gagal menjalankan Mesyuarat Am Tahunan, memfailkan “Annual Return” kepada Registrar Syarikat yang sepatutnya dilampirkan bersama Laporan Kewangan yang telah diaudit.

Dengan izin, “Clause 169(1) of the Companies Act says that “the directors of every company shall, at some date not later than eighteen months after the incorporation of the company and subsequently once at least in every calendar year at intervals of not more than fifteen months, lay before the company at its annual general meeting a profit and loss account for the period since the preceding account (or in the case of the first account, since the incorporation of the company) made up to a date not more than six months before the date of the meeting.”

Under Clause 171(1), the Act dictates imprisonment for 5 years or RM30,000 “if any director of a company fails to comply or to take all reasonable steps to secure compliance by the company with the foregoing provisions of this Division or has by his own wilful act been the cause of any default by the company thereunder, he shall be guilty of an offence against this Act.”

YB Menteri dalam jawapan perbahasan peringkat dasar kepada YB Lembah Pantai pada 17hb Oktober, telah berjanji perkara-perkara di atas akan disiasat. Sudah 2 minggu telah lepas, apakah status “siasatan” tersebut?

Sebenarnya, perkara ini tidak perlu disiasat lagi, sebab bukti dari segi dokumen SSM amat jelas. Kesemua dakwaan yang saya telah buat adalah dibaca secara langsung daripada dokumen syarikat SSM. Apa lagi kena siasat?

Apa yang saya rasa lebih memalukan adalah kenyataan YB Menteri yang berkata bahawa beliau akan siasat “jika ada aduan”. Sistem SSM merupakan satu system elektronik yang baru saja dinaiktarafkan tak lama dahulu dan kesemua maklumat ada pada “fingertip” YB Menteri.

Saya boleh tanya Menteri berapa syarikat yang tidak memfailkan akaun, dan pegawai Menteri akan terus dapat jawapan dalam 1 minit sahaja. Adakah diperlukan aduan daripada orang awan sebelum sebarang tindakan diambil ke atas syarikat yang melanggar undang-undang, walaupun semua maklumat ini ada di tangan Menteri? Perkara ini langsung tak masuk akal.

Oleh itu, saya minta supaya Menteri memberikan jawapan tanpa putar-belit kepada Dewan ini – sama ada syarikat-syarikat di atas telah menyalahi undang-undang and apakah tindakan spesifik yang telah atau akan diambil ke atas Pengarah syarikat tersebut.

Tony Pua Kiam Wee Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Kawasan Petaling Jaya Utara