Kegagalan Bajet 2013 untuk mengumumkan peningkatan tidak dapat dielakkan tarif elektrik menunjukkan rekod 3D BN

Bajet 2013 BN secara jelasnya mempraktikkan penipuan ekoran pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin dalam temubual bersama Sin Chew Daily semalam bahawa peningkatan tarif tenaga di masa depan adalah tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api. Walaupun Peter Chin tidak mendedahkan masa dan peningkatan besar tarif elektrik, beliau menyatakan bahawa harga elektrik yang tinggi bakal menggalakkan umum jimatkan tenaga dan bertukar kepada produk teknologi hijau.

Pengakuan sebegini oleh Peter Chin adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya termasuk dalam Bajet 2013 pihak kerajaan bertanggungjawab. Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September 2012?

Kegagalan sebegini dengan jelas adalah penipuan terancang dan menunjukkan rekod 3D BN iaitu Defisit, Hutang (Debts) dan Penipuan (Deception) berbanding pencapaian 3S Kerajaan Negeri PR iaitu Surplus, Pengekalan (Sustainable) pengurangan hutang dan tindakan Tegas (Stern) terhadap rasuah. Bajet RM 252 bilion BN 2013 tidak boleh menutup rekod anggaran defisit berterusan sebanyak RM40 bilion untuk tahun ke-16.

Kali terakhir negara memiliki bajet surplus adalah pada 1997 apabila Anwar Ibrahim masih merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tidak sama sekali Bajet 2013 dapat menyembunyikan fakta bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah dengan RM502.4 bilion atau RM17,000 untuk setiap warga Malaysia. Malah RM 502.4 bilion jumlah hutang ini masih tidak termasuk liabiliti kebergantungan yang dijangka lebih dari RM 110 bilion secara tidak rasmi dalam buku.

Berbeza dengan Kerajaan Negeri PR yang bukan hanya merekodkan surplus tahunan dan juga pengurangan hutang. Contohnya, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang merekodkan surplus tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang pada setiap tahun bagi tempoh 4 tahun pemerintahan. Pengekalan pengurangan hutang diambil dan diurus untuk mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% atau RM 600 juta daripada RM 630 juta pada Mac 2008 kepada hanya RM 30 juta pada penghujung 2011.

Berbeza dengan tindakan tegas PR dalam menentang rasuah, BN terus memberi kelulusan program-program yang memberi manfaat kepada kroni-kroni mereka seperti peruntukan berjumlah RM272.5 juta yang diperuntukkan dalam Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) di bawah pengurangan kadar jenayah bagi "Meningkatkan Kepuasan Awam terhadap Prestasi Anggota Polis". Daripada menghabiskan wang pembayar cukai untuk memperbaiki anggota polis dan mengurangkan jenayah sebenar, BN memutuskan untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi menjalankan praktis perhubungan awam kosong yang hanya memberi manfaat politik kepada para perunding dan pengiklan berkaitan. Dengan pemikiran begini, ia seolah-olah memberi gambaran kepada umum untuk percaya bahawa kadar jenayah kian menurun di dalam negara kita.

Lebih memburukkan adalah sebanyak RM386 juta telah diperuntukkan untuk mewujudkan tambahan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak atau RM6.7 juta untuk sebuah kedai. Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang memperoleh kontrak untuk mengendalikan kedai-kedai tersebut iaitu Mydin. Di samping itu, kedai-kedai KR1M juga berkemungkinan menyebabkan peruncit-peruncit tempatan di Sabah dan Sarawak untuk gulung tikar.

Pada 2012, Najib telah mengumumkan pembinaan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM40 juta. Pembinaan sebuah kedai menelan belanja RM470,000. Bagi Bajet 2013, pembinaan 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak menelan kos RM386 juta atau RM6.7 juta untuk sebuah kedai, iaitu peningkatan kos sebanyak 15 kali ganda berbanding RM470,000 kos sebuah kedai KR1M di Semenanjung Malaysia.

Bolehkah BN menjustifikasikan perbelanjaan RM6.7 juta hanya untuk menubuhkan sebuah kedai KR1M yang menjual barangan keperluan asas seperti gula, beras dan garam atau kedai-kedai KR1M juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan permata berlian?

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan