Kerajaan Persekutuan BN patut mempertimbangkan semula pemindahan perbelanjaan RM272.5 juta kepada pasukan polis untuk membanteras jenayah

Rakyat Malaysia amat bimbang dengan pertambahan aktiviti jenayah dengan julat dari rompakan bersenjata RM11.5 juta mikrocip dari sebuah kilang di kawasan Industri Bukit Tengah di Pulau Pinang semalam kepada rompakan di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Abu Hassan di Negeri Sembilan. Bagaimana 28 juta rakyat Malaysia biasa boleh selamat daripada jenayah sekiranya kediaman Menteri Besar sendiri adalah tidak selamat?

Saya juga ingin mengecam dengan tegas rangkaian perbuatan serangan cat terhadap pegawai dan harta ahli politik PR dan BN di Pulau Pinang. Dengan keruncingan kadar jenayah di seluruh negara, Kerajaan Persekutuan BN sepatutnya mempertimbangkan perbelanjaan RM272.5 juta dalam Bajet 2013 terhadap praktis perhubungan awam dalam keselamatan awam tetapi memindahkannya secara terus kepada pasukan polis untuk membanteras jenayah.

Saya ingin memuji Polis Pulau Pinang yang cepat bertindak menangkap mereka yang terlibat dalam rompakan RM11.5 juta mikrocip dan menemui semula 90% daripada barang-barang yang dicuri. Walau bagaimanapun kekerapan jenayah sebegitu telah menyebabkan ketakutan kepada orang awam dan keselamatan keluarga mereka. Kementerian Dalam Negeri harus melakukan lebih bagi meredakan kebimbangan orang awam daripada mengeluarkan statistik di mana tiada siapa yang percaya bahawa indeks jenayah telah menurun.

Kerajaan Persekutuan hanya boleh berjaya dalam menyakinkan orang ramai bahawa keadaan jenayah adalah di bawah kawalan apabila rakyat dimaklumkan bahawa mereka selamat tetapi apabila orang ramai merasakan bahawa mereka selamat. Orang ramai mesti berasa selamat apabila mereka yakin bahawa mereka boleh meninggalkan rumah dalam keadaan aman dan pulang ke rumah dengan selamat. Untuk berjaya membuatkan orang awam berasa selamat, wang mesti diberikan untuk menambah keanggotaan polis di jalan-jalan, membeli peralatan polis dan kenderaan.

Atas sebab itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju bahawa RM272. 5 juta disediakan untuk "Meningkatkan Kepuasan Awam Terhadap Prestasi Polis". Daripada membelanjakan wang pembayar cukai untuk memperbaiki pasukan polis dan mengurangkan kadar jenayah sebenar, BN telah memutuskan untuk memperuntukkan wang ini bagi praktis perhubungan awam kosong yang hanya akan memberi manfaat politik kepada perunding dan pengiklan. Membelanjakan RM272.5 juta hanya untuk mempakejkan bahawa Malaysia adalah selamat, polis telah melaksanakan tugas dengan baik dan Kementerian Dalam Negeri yang hebat tidak akan membantu meyakinkan orang ramai yang ragu-ragu bahawa jenayah kian menurun di negara kita.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang