Dengan membenarkan skandal peribadi untuk mengatasi dasar awam, pentadbiran BN telah gagal

Salah satu peraturan asas dalam pentadbiran cekap dan bersih adalah perumusan dan pelaksanaan dasar awam yang memanfaatkan rakyat dan negara. Skandal peribadi yang membabitkan soal integriti dan kelakuan moral tidak harus melanggar atau mempengaruhi dasar awam sehingga menjejaskan kepentingan negara. Dengan membenarkan skandal peribadi untuk mengatasi dasar awam, pentadbiran BN telah gagal.

Beberapa pendedahan skandal sudah membuktikan bahawa kerajaan BN bukan sahaja membiarkan skandal swasta tetapi menggalakkan kelakuan awam yang buruk. Ia bermula dengan skandal mata wang asing Bank Negara di mana Bang Negara telah mengakui kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

Apa yang mengejutkan bukan dakwaaan pegawai-pegawai kanan Bank Negara bahawa kerugian sebenar adalah dua kali ganda RM15.8 bilion yang diakui BN, tetapi orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian besar tersebut bukan sahaja tidak dikenakan tindakan malah dinaikkan pangkat menjadi Menteri. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dipaksa berhenti daripada Bank Negara pada 10 Julai 1994 kerana peranannya dalam kerugian RM15.8 bilion dan kini beliau menjadi Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.

Semenjak itu, kita dilanda skandal "lembu dan kondo" RM250 juta yang membabitkan keluarga seorang bekas Menteri Kabinet. Walaupun beliau akhirnya letak jawatan apabila penyelewengan pinjaman RM250 juta National Fidlot telah dibongkar, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Lagi seorang adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menjawab dakwaan bahawa beliau memiliki kekayaan yang luarbiasa.

Bekas menantu Taib, Shahnaz Abdul Majid, telah mendedahkan bahawa anak Taib telah menggunakan kredit sebanyak RM782,520.55 dalam hanya satu kad kredit untuk enam bulan pertama tahun ini. Shahnaz sekarang menuntut RM400 juta sebagai penyelesaian kes cerai di mahkamah Syariah kerana suaminya dikatakan bernilai RM1 bilion dengan deposit berjumlah RM700 juta di 111 akaun bank di dalam dan luar negara.

Cara BN menggalakkan skandal peribadi boleh dilihat dengan keengganan untuk menjelaskan sumbangan RM40 juta yang asalnya untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tetapi sekarang dikatakan untuk UMNO Sabah. Bekas Ahli Parlimen BN Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing telah mendakwa bahawa RM40 juta itu telah diremit ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin UMNO sementara bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kini Ahli Parlimen bebas Lajim Ukin hari ini mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin parti negeri tidak pernah tahu bahawa RM40 juta itu telah diberi kepada UMNO Sabah.

Lagi satu kes adalah kehidupan luarbiasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod. Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000?

Semalam, Ahli Parlimen UMNO Abdul Ghafur Salleh mempersoalkan kenapa seorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Felda boleh diberi borang merah jambu untuk satu juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd yang baru disenaraikan. Ini ekoran daripada pendedahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP Tony Pua bahawa sebuah syarikat yang terlibat dalam syarikat penerbangan bajet terbaru, Malindo Airways, mempunyai kaitan dengan dua orang anak bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis.

51 peratus Malindo Airways dimiliki oleh National Aerospace and Defence Industries (Nadi), yang dimiliki oleh empat pihak. Salah satu daripada pihak tersebut merupakan DZIJ Sdn Bhd, di mana anak perempuan Jamaluddin yang berumur 27 tahun Nur Anis dan anak lelaki 25 tahun Ikhwan Hafiz merupakan pengarah.

Jauh berbeza dengan BN, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PR mempunyai rekod bersih dan tidak terlibat dalam skandal kewangan. DAP mencadangkan 6 ujian integriti untuk membanteras rasuah melalui pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, melindungi peniup wisel yang tulen, menggugurkan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah dan bersikap telus tentang sumbangan politik.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan