Rakyat Malaysia tentu dapat bayangkan apa akan terjadi sekiranya duit RM40 juta adalah untuk Anwar atau sesiapa daripada parti PR

Adalah cukup ganjil kes seorang ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang ditangkap bersama RM40 juta dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos, 2008 sebelum beliau sempat menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur. Tetapi lebih tidak masuk akal adalah sikap tidak endah dan tidak peduli yang ditunjukkan pihak berkuasa kepada kes tersebut kerana RM40 juta yang cuba diseludup Chia itu adalah sumbangan politik kepada UMNO Sabah, bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri Musa Aman dan "unsur rasuah tidak dapat dibuktikan".

Sekiranya duit RM40 juta yang cuba diseludup masuk ke Malaysia dari Hong Kong itu adalah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa daripada tiga parti komponen Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia boleh bayangkan terjadinya kegemparan berlarutan!

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional daripada pelbagai peringkat berserta dengan media perdana mereka tentu akan berlumba-lumba, hari demi hari untuk berminggu lamanya, menuntut siasatan penuh dan tindakan daripada pihak berkuasa, termasuklah menghukum atas kesalahan korupsi dan pelaburan wang haram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu akan melaung-laungkan gesaan beliau sewaktu Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) di Kuala Lumpur tentang betapa pentingnya untuk menanam "kebencian semulajadi terhadap rasuah" dikalangan mereka yang berada di tampuk kekuasaan.

Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tentu akan mengeluarkan amaran demi amaran tentang pengkhianatan terhadap negara daripada bahaya serta kejahatan dana asing dan duit haram, manakala pertubuhan-pertubuhan dan organisasi-organiasi yang datang entah dari mana akan mula melakukan demonstrasi-demonstrasi, tariang punggung dan kutukan demi kutukan.

Akan tetapi kini, tiada pun bunyi kedengaran daripada kesemua pihak tersebut dan tiada pun "kebencian semulajadi terhadap rasuah"!

Soalan yang berhak ditanya rakyat Sabah dan Malaysia kepada Perdana Menteri ialah adakah kes duit haram RM40 juta - tidak kira sama ada untuk Ketua Menteri Sabah atau UMNO Sabah (yang dipengerusikan Musa) - telah ditutup sepenuhnya kerana itu akan memberikan isyarat bahawa musnahlah kewibawaan terhadap kebebasan, integriti dan profesionalisme Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pentadbiran Najib yang meletak keutamaan kepada "membanteras rasuah" termasuklah "Rasuah Besar" sebagai salah satu program utama NKRA. Ia benar-benar tragis. Baru seminggu yang lalu, Najib mengatakan dengan penuh semangat pada perasmian Persidangan IAACA di Kuala Lumpur tentang peranan penting mereka yang berada di tampuk kuasa untuk menunjukkan "nilai baik" memerangi rasuah. Hari ini, semua wibawa dan reputasi kempen anti-tasuah Najib dan SPRM berkecai sepenuhnya.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur