Najib tidak berkelakuan sebagai Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia apabila beliau membahagikan rakyatnya pada Hari Merdeka

Datuk Seri Najib Razak tidak berkelakuan sebagai Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk “mempertahankan kemerdekaan” terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan penutupnya dalam perhimpunan “Merdeka 55: Janji Ditepati” di Stadium Bukit Jalil malam semalam, Najib telah menggesa jemputan yang hadir untuk “mempertahankan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh dan pihak pembakang”. (Malaysiakini/The Malaysian Insider)

Kata beliau:

“Hadirin sekalian, ingatlah bahawa setiap negara diberi penghormatan kemerdekaan sekali sahaja. Biarlah kami ketepikan perbezaan diantara semua rakyat dan mengutuhkan lagi barisan pertahanan pada semua masa”.

“Tambah lagi apabila pihak pembangkang dan musuh negara sedang mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini.”

Ini merupakan bukti kukuh bahawa sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 telah dirampas simbol, erti dan identiti oleh UMNO/Barisan Nasional sebagai sebahagian daripada usaha terdesak mereka untuk masih berpegang kepada kuasa menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 – yang menggambarkan tema pilihanraya UMNO/BN “Janji Ditepati” yang telah digunakan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49.

Akan tetapi, pertimbangan Najib jelas salah, kerana pemimpin UMNO/BN tidak boleh memonopolikan semangat patriotisme atau nasionalisme hanya kerana mereka merupakan pemegang kuasa buat masa ini.

Seperti yang selalu saya tekankan di Parlimen, tokoh patriot dan nasionalis sebenar Malaysia merupakan bukan daripada puak yang menyalahgunakan kuasa dan posisi mereka dan yang memakan rasuah tetapi oleh golongan yang rela dan bersedia berkorban untuk mempertahankan hak-hak asasi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, dan juga sehingga dipenjarakan, hilang kebebasan asas diatas nama perjuangan untuk apa yang betul.

Saya berasa kesal dan sedih apabila Perdana Menteri Najib mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap pihak pembangkang sebagai ucapan beliau bagi sambutan kemrdekaan – hanya kerana bagi satu sambutan Hari Kemerdekaan seperti ini, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status atau pendirian politik patut mengetepikan semua perbezaan politik mereka, sekurang-kurangnya untuk 24 jam dan bersatu sebagai satu entiti rakyat Malaysia.

Jika Perdana Menteri sendiri tidak boleh menjadi contoh kepada rakyatnya, bolehkah kita menyalahkan Menteri Kabinet yang gagal berkelakuan sebegitu?

Saya juga berasa sedih melihat laporan Malaysiakini berhubung “Komik propaganda diedar di sambutan Merdeka Najib” oleh wartawan Ahmad Fadli NC, yang membuktikan bahawa sambutan Hari Merdeka Ke-55 di Bukit Jalil adalah satu sambutan kebangsaan tanpa penglibatan politik dan bukan satu sambutan UMNO/BN adalah palsu semata-mata.

Laporan Malaysiakini melaporkan:

Pengedaran komik misteri tanpa nama pelukis dan penerbit pada himpunan Hari Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.

Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.

Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.

Satu daripadanya komik berkenaan menggambarkan seorang isteri memarahi suaminya kerana mahu menggunakan duit RM100 daripada bantuan persekolahan anak mereka untuk "belanja pasar". Dalam komik propaganda tersebut, suami wanita itu digambarkan ingin berbuat demikian kerana tiada duit kerana terlalu "asyik melangut depan pentas ceramah".

Satu lagi komik menunjukkan seorang lelaki marah-marah kerana tidak boleh lagi 'buat demo dan hasut orang' selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Kedua-dua watak lelaki itu digambarkan berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau serta sentiasa buruk sangka terhadap inisiatif kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Karikatur yang digambarkan dengan watak sama turut dipaparkan lebih daripada lima kali dalam komik itu yang diedarkan secara percuma.

Pada muka surat 12 komik itu pula seorang bapa digambarkan menadah tangan ke langit seperti berdoa tetapi mengucapkan terima kasih kepada PM dan bersyukur kerana keluarganya mempunyai langsir baru untuk hari raya yang dibeli daripada Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.

Reka huruf "Janji Ditepati" dengan latar belakang tompokan cat air warna-warni yang biasa digunakan dalam bahan kempen BN pula digunakan untuk menghiasi muka hadapan komik itu, serta poster yang memaparkan laungan “Kami Cintakan PM” (We Love The PM)

Benarkah sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil dirancang untuk memalukan pemimpin Pakatan Rakyat yang menghadiri majlis tersebut dan untuk mendalamkan lagi jurang diantara BN/PR? Najib wajib memberi penjelasannya.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur