“Pesta Cinta” Najib-Taib menyerlahkan hakikat bahawa Taib telah menang mudah dalam pergelutan politiknya dengan Najib

Sambutan Hari Malaysia ke-49 pada hari Ahad menyaksikan satu “pesta cinta” diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, dengan masing-masing membodek antara satu sama lain.

Najib memuji Taib dan Kerajaan Negeri Sarawak kerana berkerjasama dan membantu Kerajaan Pusat, malah menuduh “sesetengah negeri” tidak membangun seperti Sarawak kerana kerajaan negeri itu “lebih suka mempolitikkan isu berbanding berkerjasama dengan Kerajaan Pusat”.

Taib pula memainkan peranannya memberi restu kepada Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengatakan adalah mergikan kepada negara dan rakyat “sekiranya kita hilang kesinambungan kerajaan yang bagus seperti Barisan Nasional”.

Taib juga menambah “tiada pendatang baru dalam politik dapat melakukan keajaiban dengan mengatakan mereka mampu melakukan lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir negara ini dengan baik lebih 50 tahun”.

Tetapi apa yang diserlahkan “pesta cinta” Najib-Taib di Bintulu hanyalah “kemenangan mudah” Taib dalam pergelutan politiknya dengan Najib.

Sebelum pilihanraya negeri Sarawak pada April 2011, Najib telah cuba menekan Taib untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri tetapi sia-sia.

Terdapat laporan bahawa Taib yang telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun sejak 26hb Mac 1981, berjaya mendapat “penangguhan hukum” kerana beliau akan mengumumkan pilihan raya negeri dan akan meninggalkan jawatannya sebaik sahaja “tempoh peralihan” telah menemukannya dengan pengganti yang sesuai.

Ini yang dilaporkan Sarawak Tribune pada Ahad, 20 March 2011:

Taib to step down after polls

SERIAN: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud says he will step down but before that he wants to lead the Barisan Nasional (BN) in the upcoming state election to ensure smooth leadership transition.

He made the announcement at the Samarahan-level launching of ‘Sejiwa Senada’ programme here yesterday.

The programme, launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, is aimed at fostering closer contacts between the people and civil servants through the promotion of government services in a one-stop service centre.

Taib said: “I had the intent ion to s tep down even way back in 2006 but due to many factors and unavoidable ci rcumstances then, i t was not possible for me to do so.” Najib, meanwhile, said he respected Taib’s decision (to step down) and gave his assurance to the people that he would give his full support to the Chief Minister in leading the state government.

“I respect Pehin Sri because he has been in politics for a long time...even during the time of my father as the Prime Minister.

“I support Pehin Sri’s decision to gradually step down as the Chief Minister but this will be done at the right time and I can assure the people that when Pehin Sri is ready, the transition will be a smooth one,” he said.

The Prime Minister said that Taib would continue to serve the people in other capacities even after relinquishing the Chief Minister’s post, and assured that the federal government would continue to defend the rights and interests of Sarawakians for a long time to come, regardless of their races and beliefs.

The matter (decision to step down) was again mentioned at a press conference by the Prime Minister at Kuching International Airport here before leaving for Kuala Lumpur yesterday evening.

Najib told the press that Taib would proceed to contest in the upcoming state election and to continue leading the Sarawak Barisan Nasional party in the election.

When pressed further, Najib did not discount the possibility that Taib would step down midway into his term of office af ter winning the state election.

Namun tersebar kesinisan dan keraguan terhadap Taib yang dikatakan telah bersetuju dengan mana-mana jadual waktu untuknya berhenti, menyebabkan Najib terpaksa kembali kepada hal tersebut tiga minggu kemudian sewaktu memulakan jelajah enam harinya untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 11 April. Dalam sebuah perhimpunan di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Bintawa, Kuching beliau mengumumkan:

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak dan dia telah bersetuju untuk membuat perubahan kepimpinan di Sarawak. Percayalah, pada saya, bila tiba waktu yang tepat, ia akan dilakukan,"

Ketika ditekan waktu itu, Taib berdolak-dalih walaupun akhirnya menyatakan “dua tahun” sebagai jangka waktu untuknya meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri pada 16 April, 2011.

Seperti yang telah saya sebutkan dalam ceramah DAP di Bau pada 8 September, tempoh masa dua tahun Taib untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Sarawak akan tamat dalam masa 7 bulan lagi tetapi tiada tanda-tanda menampakkan beliau bersedia untuk menunaikan persefahaman dan janjinya kepada Najib untuk melakukan peralihan kuasa di Sarawak.

Malah, segala petunjuk-petunjuk menghala ke arah bertentangan. Taib kelihatan selesa untuk melengkapkan tempohnya sebagai Ketua Menteri. Ini menjelaskan ucapannya lebih awal pada 8 September bahawa tiada keperluan untuk mempercepatkan peralihan kepimpinan kerana rakyat Sarawak telah pun “menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan terancang”.

Saya telah tunjukkan yang kata-kata Taib adalah semata-mata untuk didengari Najib, dengan mesej jelas yang beliau tidak akan menunaikan janjinya pada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri.

Seperti yang telah saya katakan terdapat “ujian ketahanan” antara Taib dan Najib, dan Taib sedang “mengejek Perdana Menteri, mengingkari Najib untuk melihat siapa yang dapat bertahan lebih lama secara politikal” memandangkan Taib yakin Najib secara politikalnya terlalu lemah untuk menuntut perjanjian mereka sebelum pilihan raya negeri Sarawak 416 iaitu Taib menjadi Ketua Menteri hanya untuk dua tahun.

Saya telah mengatakan di Bau yang lawatan Perdana Menteri ke Bintulu ketika sambutan Hari Malaysia adalah waktu paling sesuai untuk Najib mendapatkan penjelasan daripada Taib adakah janjinya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah masih tidak berubah.

Jawapannya dihias dengan “pesta cinta” Najib-Taib di Bintulu ketika sambutan Hari Malaysia yang menyerlahkan kemenangan mudah Taib dalam pergelutan politiknya dengan Najib. Puncanya juga jelas dan mudah – keadaan telah berubah dengan Taib kini mempunyai pengaruh politik mengatasi Najib berbanding 18 bulan lalu sebelum pilihan raya negeri Sarawak 16 April, 2011.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur