Sokongan penuh kepada calon di Parlimen Raub, Dato Mohd Ariff Sabri Bin Adul Aziz

Saya selaku Setiausaha DAP Pahang dan calon diumum oleh Setiausaha Agong DAP Malaysia Lim Guan Eng di DUN Tras, Parlimen Raub, telah setuju dan memberi sokongan penuh kepada calon diumum oleh Lim Guan Eng di Parlimen Raub, Dato Mohd Ariff Sabri Bin Adul Aziz.

Kebanyakan rintihan dan suara pandangan berlainan ke atas penukaran Sdr Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ke calon DUN Mentakab telah dijelas oleh pihak Pusat dan AJK DAP Negeri Pahang ,maka cawangan dan bilik gerakan di kedua dua tempat telah faham atas strategi pusat seterusnya turun padang dan menggerakkan tenaga akar umbi sepenuh tenaga. Mereka yakin akan menang kedua-dua kawasannya.

Saya YM Tengku Puji setuju dan faham tindakan pusat ke atas dicalonkan DUN Mentakab , saya telah didengar dan mengkaji mendalam kesemua aspek untuk memenangkan kedua dua kawasannya , maka tindakan urus penukaran kawasan telah dijalankan selepas 04/04/2013 . Saya dan AJK Raub rasa gembira dan terima kasih kerana dapat semua AJK dan Bilik Gerakan setuju dan sokong kepada kami atas tindakan ini , kemudian kami bergerak di DUN Mentakab dan Parlimen Raub , masing masing mendapat sambutan yang baik.

Kami dan AJK Pahang akan berjaya dengan sokongan DAP Pusat , kita akan dapat menyumbangkan DUN Tras , DUN Mentakab ke Wisma Sri Pahang sebagai Wakil Kerajaan dan satu Parlimen Raub Menuju ke Putrajaya.

YM Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji Timbalan Pengerusi Negeri DAP Pahang Choong Siew Onn Setiausaha Negeri DAP Pahang