Keengganan BN untuk memulangkan kapal terbang, helicopter dan kenderaan-kenderaan milik kerajaan membuktikan mereka akan memberi sepenuh fokus kepada 3M

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim telah mempermainkan demokrasi dan institusi awam apabila menyatakan bahawa sebuah kerajaan sementara berhak menggunakan jentera kerajaan selagi mana waktu kempen untuk sesebuah pilihanraya masih belum bermula.

Menurut Rais, hanya apabila Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh pencalonan dan jangkamasa kempen maka jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan parti politik.

Ini berikutan sebuah laporan daripada Malaysiakini bahwa tiga kenderaan milik Kementerian Penerangan telah digunakan untuk membantu dalam majlis pelancaran sebuah pusat gerakan pilihanraya BN di kawasan Parlimen Batu pada hari Ahad.

Tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah memulangkan semua kenderaan rasmi bagi mengelak percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa, Barisan Nasional tidak rela untuk memulangkan semula kenderaan-kenderaan rasmi mereka termasuk jet dan helikopter kepada pihak Kerajaan Malaysia. Jika BN tidak berbuat demikian, ia jelas membuktikan bahawa mereka memang sanggup menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan 3M iaitu media, wang (money) dan jentera (machinery) demi untuk menang dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Dari segi media kita telah melihat bagaimana mereka bukan sahaja memutarbelit isu malah kita juga telah melihat bagaimana fiksyen boleh menjadi fakta. Sebagai contoh, New Straits Times yang dikawal oleh BN telah melaporkan dengan salah bahawa saya menarik diri dari berdepan dengan Pengerusi BN Pulau Pinang di Padang Kota sedangkan sebenarnya dialah yang menarik diri dari cabarannya sendiri. Pada waktu yang sama, The Star bukan sahaja enggan menyiarkan penerangan kami malah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa kononnya kami telah melabur RM3 bilion di China sedangkan kami tidak melabur satu sen pun.

Ini adalah tambahan kepada tawaran merepek Rais Yatim untuk memberikan 10 minit di RTM bagi Pakatan Rakyat menerangkan manifestonya, yang secara sendirinya adalah sebuah penghinaan kepada demokrasi dan kebebasan media. Bagaimana mungkin beliau menjelaskan bagaimana pula manifesto BN boleh disiarkan secara langsung dalam setiap saluran televisyen dan disiarkan oleh setiap suratkhabar?

Dari segi kewangan, kita telah melihat bagaimana dana mereka yang banyak dapat berfungsi. Telah ada laporan bahawa Jabatan Perdana Menteri adalah yang paling banyak berbelanja untuk pengiklanan, dengan membayar sekurang-kurangnya RM73 juta bulan lalu sahaja untuk pengiklanan, jauh lebih banyak daripada nilai yang dibelanjakan untuk iklaneka sebanyak RM43 juta, dan RM25 juta yang dibelanjakan Nestle dan Unilever Malaysia.

Kita juga telah melihat bagaimana mereka memebelanjakan wang melalui Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang pro-BN yang telah memberikan "sumbangan" RM2.2 juta kepada persatuan wartawan dan kebajikan termasuk Kelab Wartawan Pulau Pinang, Persatuan Wartawan dan Jurugambar Pulau Pinang, dan Kesatuan Wartawan Malaya utara yang telah menerima RM50,000 setiap satu, bersama-sama 103 NGO lain yang mendapat antara RM5,000 ke RM50,000 setiap satu.

Meskipun sumbangan dan derma kepada pelbagai kumpulan ini adalah sesuatu yang baik, kenapakah sumbangan sebegini hanya dibuat ketika musim pilihanraya dan tidak diinstitusikan dan diberi setiap tahun seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Akhir sekali, BN juga mempergunakan jentera mereka, seperti sumber, institusi dan kenderaan demi memberikan mereka kelebihan yang amat besar. Ketika telah pun melihat dalam masa terdekat bagaimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya menjadi badan yang bebas dan tidak berpihak, telah mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menghina pihak oposisi malah menuduh pergerakan masyarakat sivil seperti Bersih menjadi alat kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun kita berhadapan dengan cabaran-cabaran sebegini, kita percaya bahawa meski BN mempunyai 3M tersebut di pihak mereka; Pakatan Rakyat memiliki kekuatan dan kuasa rakyat di pihak kami. PRU ke-13 bukan sahaja sebuah pertempuran antara BN dan Pakatan Rakyat tetapi adalah pertempuran antara BN dengan Rakyat Malaysia.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP