Situasi di Lahad Datu menimbulkan semakin banyak tanda tanya – mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra dan bukannya Menteri Pertahanan?

Situasi buntu di Lahad Datu dengan 150 orang penceroboh Sulu menimbulkan banyak tanda tanya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu akan tetapi lanjutan sedemikian “tidak boleh terlalu panjang, memandangkan kementerian tidak akan berkompromi dengan perkara yang mampu mengancam kedaulatan negara”.

Jelas, Menteri Dalam Negeri tidak senada dengan majoriti rakyat Sabah dan Malaysia yang sama-sama merasakan bahawa kedaulatan dan keselamatan negara telah dikompromi pada permulaan pencerobohan itu lagi dan situasi buntu dengan 150 militia Sulu dalam kawasan Sabah di Kampong Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 9 Febuari.

Berkenaan isu sama ada kedaulatan dan keselamatan negara telah diancam oleh pencerobohan yang kononnya tentera Kesulatanan Sulu, kebanyakkan rakyat Malaysia terbukti lebih patriotik berbanding Menteri Dalam Negeri sendiri dalam hal ini.

Sebenarnya, soalan yang semakin ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra bukannya kepada Kementerian Pertahanan?

Bolehkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau bertegas bahawa Hishammuddin dan pihak polis yang sepatutnya menguruskan situasi penceroboh Sulu apabila sepatutnya Menteri Perhanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan tentera?

Sehingga kini rakyat Sabah dan Malaysia masih tergapai-gapai tentang bagaimana terdapat kelompongan pada kawalan keselamatan sejak awal lagi melibatkan tentera laut, pasukan tentera, pasukan maritime dan polis sehingga mengakibatkan pencerobohan militia Sulu.

Siapa yang bersedia kedepan dan bertanggungjawab terhadap kelompongan dalam kawalan keselamatan dan situasi buntu yang sudah masuk minggu ketiga, mengancam bukan saja kedaulatan dan keselamatan negara tetapi memberikan imej buruk kepada Malaysia apabila pemimpin kerajaan berulang kali berbangga bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara – Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri atau pegawai-pegawai di dalam pasukan tentera atau polis, siapakah yang akan dipersalahkan?

Apa yang rakyat Sabah dan Malaysia tahu ialah kegagalan beberapa tarikh akhir yang kabur untuk militia Sulu itu kembali ke Filipina sejak dua minggu lalu.

Sedih dan memalukan apabila sepanjang dua minggu, rakyat Sabah dan Malaysia terpaksa mencari di internet untuk membaca tentang apa yang sedang berlaku berkenaan situasi Lahad Datu daripada media Filipina kerana terdapat sekatan maklumat yang serius terhadap isu itu di dalam media Malaysia – satu lagi reputasi buruk antarabangsa buat nama Malaysia!

Saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan sekatan maklumat terhadap situasi Kampung Tanduo daripa media Malaysia dan kerajaan Malaysia sepatutnya mula memberitahu rakyat Sabah dan Malaysia apa sebenarnya terjadi di Kampung Tanduo, bermula dengan lawatan Perdana Menteri sendiri untuk “Listen, Listen, Listen” kepada rakyat di Lahad Datu.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur