Menggesa pihak UUM dan MOHE memandang serious terhadap isu video kontroversi

Saya berasa amat kesal terhadap pihak kerajaan BN dan pihak berkuasa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah cuma menjarakkan diri daripada SW1M selepas isu video kontroversi antara Sharifah Zohra Jabeen dan Bawani berlaku.

Kalau pemimpin BN kata forum tersebut tiada kaitan langsung dengan mereka saya rasa tidak ada pihak akan percaya. Selain itu, kalau pihak UUM kata tiada kaitan dengan forum tersebut, saya ingin menanya siapaka yang meluluskan dan memberi kebenaran kepada NGO tersebut untuk mengadakan forum "seiringkan mahasiswa dan politik " di dalam kampus UUM? Selain daripada itu, ramai mahasiswa telah menghadiri forum tersebut, jadi agak pelik pihak UUM memberi alasan yang tidak boleh diterima oleh semua warga malaysia.

Daripada video tersebut, kita dapat lihat betapa hebat penalis "NGO" ini mempertahankan Kerajaan Barisan National serta menyerang dan mengutuk Bersih sehingga mendakwa Dato Ambiga dan Bersih cuba mencetuskan arnaki. Ini semua merupa fitnah yang jahat, dan ia sengaja dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini untuk mencetuskan kebencian mahasiswa terhadap Bersih dan Dato Ambiga.

Saya percaya kalau tiada pihak atasan yang beri kebenaran ataupun "green light", forum tersebut tidak akan dapat dijalankan dengan begitu lancar. Janganlah pihak berkuasa UUM kata kandungan forum tersebut tidak diketahui sehinggalah video clip pertikaman lidah tersebut terbongkar di youtube dan facebook.

Tindakan panelis yang merampas mikrofon drpd Bawani telah menafikan hak mahasiswa bersuara. Perkara yang paling tidak boleh diterima oleh kita semua adalah ketika Bawani memberi contoh negara-negara yang memberi pendidikan percuma, panelis iaitu Presiden SW1M pula membalas dengan pergi ke negara lain jika tidak puashati dengan dasar kerajaan malaysia. Siapa dia dan atas apa kapasiti Presiden SW1M boleh minta mahasiswa atau seseorang warganegera keluar Malaysia dan pergi ke negara lain?

Saya ingin mengingatkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini jangan lupa bahawa di Malaysia, jika kita tidak puas hati terhadap dasar kerajaan, kita berhak menggunakan undi kita untuk menolak parti yang tidak mampu menjaga rakyat termasuk mahasiswa.

Sebenarnya insiden ini telah membolehkan kita semua termasuk mahasiswa yang masih belajar di universiti melihat dengan lebih jelas tahap keengganan kerajaan BN mendengar suara rakyat seperti apa yang telah dilakukan oleh panelis yang merampas mikrofon Bawani.

Mahasiswa hari ini mempunyai pemikiran yang matang untuk membuat keputusan atau menilai sesuatu. Mereka mempunyai idea dan pandangan sendiri. Jadi, suara dan pandangan Mahasiswa harus diambilkira dan dihormati oleh semua pihak.

Saya mengesa supaya pihak UUM dan MOHE (Kementerian Pengajian Tinggi) memandang serious terhadap perkara ini. Pihak berkuasa UUM dan kerajaan Barisan National harus bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku, serta perlu memberi penjelasan yang sewajarnya kepada seluruh warga Malaysia. Pihak kerajaan serta pihak berkuasa IPTA dan IPTS turut haruslah pastikan insiden yang sebegini tidak akan berulang demi kebaikan dan kepentingan mahasiswa.

Teo Kok Seong Ketua Pemuda Sosialis DAP & ADUN Kawasan Bahau