DAP tidak akan menipu, bahkan sanggup merana demi menegakkan kebenaran dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan

DAP menerima perletakan jawatan pegawai pemilihan parti, Pooi Weng Keong yang telah bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesilapan teknikal yang menyebabkan keputusan yang salah diumumkan sewaktu pemilihan parti untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sewaktu Kongres Nasional DAP pada 15-16 Disember 2012. Walaupun kesilapan teknikal komputer yang mengakibatkan paparan yang salah, di mana calon nombor 31 ke 38 dan calon 61 ke 68 telah mendapat bilangan undi yang serupa; Pooi sebagai pegawai pilihanraya mesti bertanggungjawab. Kesilapan ini telah mengakibatkan Saudara Vincent Wu diumumkan telah berjaya dilantik ke CEC, sedangkan beliau sebenarnya tidak; manakala saudara Zairil Khir Johari pula sepatutnya dilantik secara sah ke dalam CEC disebabkan kedudukannya yang betul pada tangga ke 20.

No Calon Undi No Calon Undi
31 LIM LIP ENG 448 61 WONG SAI HOONG 448
32 LIU TIAN KHIEW (RONNIE) 761 62 WONG SZE PHIN @ JIMMY 761
33 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202 63 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
34 M. KULA 984 64 YONG WUI WUI (VIOLET) *
35 MANOGARAN A/L MARIMUTHU 305 65 ZAIRIL KHIR JOHARI 305
36 MANOHARAN MALAYALAM 216 66 ZULKIFLI BIN MOHD NOOR 216
37 NG CHIN TSAI 39 67 ROSELI BIN ABDUL GANI 39
38 NG WEI AIK 407 68 TAN BOON PENG 407

Calon-calon nombor 61 ke 68 telah dengan silap mendapat keputusan yang serupa dengan calon-calon nombor 31 ke 38. Keputusan yang sepatutnya diterima oleh calon-calon 61 ke 68 ialah:

No Calon Undi
61 WONG SAI HOONG 23
62 WONG SZE PHIN @ JIMMY 643
63 WU HIM VEN (VINCENT) 669
64 YONG WUI WUI (VIOLET) *
65 ZAIRIL KHIR JOHARI 803
66 ZULKIFLI BIN MOHD NOOR 249
67 ROSELI BIN ABDUL GANI 69
68 TAN BOON PENG 40

* Calon nombor 64. Yong Wui Wui (Violet) telah menarik diri, maka undian untuk beliau tidak diambil kira.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh adalah tepat dalam mengatakan bahawa Pooi telah kesilapan yang tidak disengajakan tanpa sebarang niat jahat. Namun demi akauntabiliti Pooi telah meletakkan jawatan sebagai pehawai pilihanraya dan juga jawatan lainnya dalam Jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan. Pihak parti telah menerima perletakan jawatan beliau dengan rasa berat hati.

Apabila saya dimaklumkan tentang kesilapan ini setelah berakhirnya Kongres Nasional, saya mahu pastikan bahawa keputusan yang dibetulkan tidak lagi mempunyai sebarang kesilapan kerana tidak patut ada lagi sebarang kecuaian. Justeru sebuah audit dalaman telah dilaksanakan oleh pakar pilihanraya Dr Ong Kian Ming, diikuti auditor luar, TCMK Associated Chartered Accountants, untuk memastikan keputusan akhir tersebut tepat. Hanya setelah itu mesyuarat CEC diadakan.

Keseluruhan proses verifikasi sedikit terganggu dengan musim cuti hujung tahun yang mengakitbatkan sedikit kelewatan dalam mendapatkan pengaudit luar serta agak susah untuk mengadakan mesyuarat dengan kesemua ahli CEC, memandangkan ramai daripadanya sedang bercuti. Walau bagaimanapun saya ingin merakamkan ucapan terima kasih untuk semua ahli CEC dan kepimpinan parti yang menyokong penuh cadangan supaya kami mengakui kesilapan tersebut dengan jujur dan kerelaan kami bersama untuk menanggung malu di mata umum demi menegakkan kebenaran walaupun kami tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak.

BN bukan sahaja enggan mengaku salah malah tidak mahu menjelaskan kesalahan mereka yang telah mengakibatkan kerugian kepada rakyat bernilai puluhan bilion ringgit.

DAP tidak terkejut dengan serangan yang dilancarkan oleh media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional hanya kerana DAP berlaku jujur dengan mengakui dan membetulkan kesilapannya demi menegakkan kebenaran. DAP rela menerima akibat daripada berlaku jujur serta menerima kritikan daripada umum demi untuk belajar daripada kesilapan. BN boleh mentertawakan pemimpin DAP kerana mereka tidak pandai menipu dan sentiasa bercakap benar. Namun DAP tidak akan mendengar syarahan tentang etika, integriti dan moral daripada pemimpin BN yang tidak bermoral; yang kesalahannya telah mengakibatkan kerugian bernilai puluhan bilion kepada rakyat Malaysia.

Apakah hak moral, politik, etika dan undang-undang yang dimiliki pemimpin BN seperti Presiden MCA Chua Soi Lek; Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk mempersoalkan integriti DAP sedangkan BN bukan sahaja tidak mahu mengakui kesalahannya malah enggan menjelaskan kesalahan mereka yang telah mengakibatkan kerugian bernilai puluhan bilion kepada umum?

Semua orang di Malaysia tahu bahawa Chua Soi Lek tidak ada kredibiliti dan kedudukan untuk bercakap tentang moral. Apa hak Tan Sri Nor untuk mengkritik DAP apabila keslahan beliau membuat spekulasi pasaran matawang asing ketika beliau berada di Bank Negara pada tahun 90��an mengakibatkan kerugian bernilai RM15.8 bilion kepada negara.

Apa pula hak Muhyidin untuk menyoal DAP apabila kesalahan BN sendiri yang gagal membanteras rasuah di kalangan pimpinannya telah menyebabkan gejala rasuah semakin merebak di Malaysia? Kerugian daripada skandal, seperti kehilangan RM52 bilion saham bumiputera di mana tidak ada seorang pun orang Melayu biasa atau orang asal Sabah dan Sarawak mendapat walau satu saham pun masih tidakj dijelaskan sehingga sekarang. Inilah sebabnya kenapa 28 juta rakyat Malaysia adalah golongan ekonomi kelas ketiga berikutan pendedahan laporan Global Financial Integrity yang berpengkalan di Washington tentang pengeluaran wang haram bernilai RM871 bilion sejak tahun 2001 sehingga 2010.

Inilah perbezaan di antara DAP dan BN. DAP tidak akan belajar untuk menipu tetapi lebih rela merana demi menegakkan kebenaran dan mengakui kesilapan jujur yang telah dilakukan.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan