JKM perlu kaji semula bantuan OKU

Pada masa ini, bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja adalah terlalu rendah kadarnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya membayar RM150 sebulan kepada golongan ini. Jumlah RM150 adalah terlalu rendah sedangkan kos menjaga Orang Kurang Upaya adalah terlalu tinggi.

Ibubapa atau penjaga yang mempunyai Orang Kurang Upaya terpaksa menanggung beban yang besar. Kos atau perbelanjaan harian untuk Orang Kurang Upaya adalah lebih tinggi daripada menjaga anak- anak biasa. Bagi kelurga miskin atau sederhana, tanggungan Orang Kurang Upaya dalam keluarga itu mengambil sebahagian besar daripada pendapatan isi rumah. Ini akan mengugatkan keadaan sosio- ekonomi atau taraf hidup keluarga tersebut. Dalam pada itu, Orang Kurang Upaya itu juga tidak dapat dijaga dengan baik kerana batasan kewangan.

Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja ini amat daif dan tidak boleh berdikari kerana keadaan kecacatan yang terus. Oleh yang demikian, atas dasar keperimanusiaan kerajaan harus memberi bantuan yang mencukupi iaitu sekurang- kurangnya untuk membeli barang keperluan hariannya.

Sebagai permulaan, adalah wajar untuk menaikan kadar bulanan yang dibayar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada kumpulan sasaran ini. Saya mencadangkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim untuk mempertimbangkan perkara ini dengan teliti dan menaikan kadar bulanan kepada RM350 hingga RM700 mengikut kemampuan atau kedudukan kewangan keluarga yang terlibat.

V. Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah