Datuk Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua

Ketua Menteri Malaka Datuk Idris Haron telah mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia biasa malah pemimpin dan penyokong BN sendiri dengan tindakan politik balas dendam yang akan memberi akibat buruk kepada sektor industri pelancongan Melaka serta memulakan politik ekstrimis dan membunuh konsep 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan membenarkan aliran trafik dibuka semual di Jonker Walk yang telah ditutup pada hujung minggu untuk 13 tahun yang lalu, Idris dengan jayanya menutup periuk nasi 300 pekedai di laluan kebudayaan Jonker Walk yang terkenal, dan mempamerkan warisan dan nilai pelancongan di Melaka.

Kedua-dua Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Datuk Mirza Mohammad Taiyab membantah tindakan Idris dengan mengatakan bahawa Jonker Walk adalah destinasi pelancongan utama di Melaka dan terlalu penting untuk ditutup kerana akan memberi kesan negatif terhadap pelancongan. Tiada justifikiasi untuk menutup sebuah pusat tarikan pelancong, serta tapak kebudayaan dan warisan yang beroperasi dengan jayanya selama 13 tahun kecuali atas sebab balas dendam politik yang penuh emosi dan tidak rasional kerana BN kehilangan undi dan kerusi di Melaka dalam PRU yang lalu.

Cubaan Idris untuk meloloskanb diri daripada krisis yang diciptanya sendiri dengan mengatakan bahawa para peniaga masih boleh beroperasi dengan keadaan Jonker Walk dibuka untuk lalulintas adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak rasional kerana ini tidak mengambil kira keselamatan awam, termasuk peniaga dan pengunjung. Jelas sekali Ibris tidak hanya enggan mendengar suara rakyat dan peniaga malah Menteri Pelancongannya sendiri serta pegawai senior pelancongan. Idris begitu bersungguh mahu memperlihatkan dirinya sebagai seorang hero ekstrimis supaya beliau dapat memperlihatkan prestasi yang baik dalam pemilihan UMNO tahun ini.

Dengan kedegilannya untuk terus membuka Jonker Walk kepada trafik, Idris hanya sedang memudaratkan pelancongan Melaka ibarat membakar kelambu kerana marahkan nyamuk atau seperti meludah ke langit. Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua dan bukan sahaja penyokong BN, dengan menarik balik arahan untuk membuka laluan trafik kerana ia akan menghancurkan karakter dan identiti laluan kebudayaan Jonker Walk.

Idris mesti mengambil nasihat Menteri Persekutuannya sendiri kerana jika tidak, beliau mestilah memikul tanggungjawab penuh di atas akibat daripada tindakan tersebut. DAP menyokong penuh tindakan para peniaga untuk terus beroperasi seperti mana yang telah mereka lakukan untuk 13 tahun lalu tanpa sebarang aduan daripada komuniti Melayu mahupun bukan Melayu.

Pemimpin dan wakil rakyat DAP di Melaka akan terus memantau perkembangan hujung minggu ini dan mempertimbangkan untuk berkempen menyelamatkan Jonker Walk dan melakukan protes terhadap politik balas dendam ke atas pengundi yang tidak bersalah oleh pihak BN.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan