Tan Sri Nor Mohamad Yaakcop buat kerja terbalik apabila beliau enggan mengakui peranannya dalam menyebabkan kerugian kepada Bank Negara pertukaran asing sebanyak RM15.8 bilion

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam-laporan akhbar New Straits Times hari ini bertajuk "DAP doing things backwards" kononnya kerajaan negeri membuat keputusan terlebih dahulu sebelum mendapatkan maklum balas tentang projek bernilai RM6. 3 bilion untuk 3 buah lebuh raya dan terowong bawah dasar laut sepanjang 7.2km dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth. Malah sebenarnya, Tan Sri Nor lah yang melakukan kerja terbalik apabila dia enggan untuk mengakui peranan beliau dalam skandal tukaran asing yang menyebabkan Bank Negara kerugian RM 15.8 bilion dalam 1992-93 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan 2 dalam tahun 2004.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenanrya telah memulakan perundingan awam sebelum proses tender terbuka diumumkan pada tahun 2011 dan meneruskan interaksi tersebut dengan semua sektor masyarakat sivil dan orang awam sehinggalah tender tersebut dianugerahkan pada Februari tahun ini. Orang ramai masih mempunyai peluang untuk memberikan input memandangkan kontrak hanya akan menjadi formal selepas perbincangan secara beterusan yang dijangka mengambil beberapa bulan. Rundingan awam yang intensif seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana ia tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Persekutuan, yang menganugerahkan projek secara tidak telus dan tanpa akauntabiliti secara rundingan terus.

Berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Pulau Pinang menganugerahkan kontrak berdasarkan tender terbuka yang kompetitif. Penilaian dan rekomendasi telah dibuat oleh dua jawatankuasa yang berasingan masing-masing diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Farizan bin Darus dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato Mokhtar bin Mohd Jait. Ketua Menteri bukan ahli dan tidak terlibat dalam perbincangan dua jawatankuasa ini.

Di Manakah Monorel Yang Dijanjikan Sejak tahun 2006 Dan 200 BAS Tambahan Rapid Penang Yang Dijanjikan Sejak 2010?

Kerajaan persekutuan mengawal pengangkutan awam. Tan Sri Nor harus menjelaskan mengapa kedua-dua janji BN untuk membina monorel sejak 2006 dan janji Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk 200 buah bas tambahan yang dibuat pada tahun 2010 kepada Rapid Penang tidak ditepati. Sebaliknya janji monorel telah dikitar semula sekali lagi oleh BN untuk pilihan raya umum akan datang.

RapidPenang kini mempunyai 350 bas dengan hanya 200 buah bas berada di jalan raya dan baki 150 buah sedang dibaiki. Tan Sri Nor juga perlu menjelaskan sebab-sebab di sebalik keengganan kerajaan Persekutuan untuk menerima bayaran tahunan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan bas Rapid Penang memberi perkhidmatan bas percuma semasa waktu puncak di seluruh negeri Pulau Pinang.

Jelas sabotaj terhadap pengangkutan awam oleh Kerajaan Persekutuan bertujuan 'membunuh' Pulau Pinang dengan kesesakan lalu lintas. Memandangkan kerajaan negeri enggan untuk tidak berbuat apa-apa dan hanya menunggu untuk mati, projek infrastruktur jalan bernilai RM6.3 bilion ini dirancang untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan keterhubungan dan meningkatkan kecekapan perniagaan.

Tiada Kesan buruk Pada Alam Sekitar Atau Operasi Pelabuhan Pulau Pinang.

Cadangan terowong bawah dasar laut adalah hanya salah satu daripada 4 projek lebuh raya. Ia mesti memenuhi keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA), jika tidak projek itu tidak akan diteruskan. Penang Port Sdn Bhd tidak perlu bimbang tentang terowong bawah dasar laut menjejaskan operasi pelabuhan mereka memandangkan terowong akan berada sekurang-kurangnya 15 meter di bawah dasar laut yang bermakna sekurang-kurangnya 30 meter di bawah aras laut.

Atas sebab ini terowong adalah lebih mesra alam berbanding jambatan kepada kehidupan marin. Pada kedalaman 30 meter di bawah aras laut, terdapat lebih daripada ruang yang cukup untuk kapal yang lebih besar berlabuh di Pulau Pinang. Tidak terdapat sebarang kerisauan dalam masa terdekat kerana terowong tersebut dijangka siap menjelang tahun 2025 dan kerja-kerja hanya boleh bermula dalam masa 5 tahun lagi.

Tan Sri Nor sepatutnya menghabiskan lebih banyak masa menjawab soalan sama ada pengurusan PPSB sekarang akan terus menguruskan Pelabuhan Pulau Pinang memandangkan Pelabuhan Pulau Pinang telah diswastakan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mohkhar Al-Bokhary. Nasib Pelabuhan Pulau Pinang menjadi tidak menentu, sama ada Tan Sri Syed Mokhtar akan menurunkan tarafnya menjadi pelabuhan 'feeder' atau sama ada ia boleh berubah menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa.

Akhirnya BN hanya terus kecoh tentang satu kesilapan mudah yang dibuat dalam satu kenyataan kerajaan negeri pada 13 September 2011 yang menyatakan bahawa jumlah kos yang dijangka untuk 4 projek lebuh raya RM4.08 bilion, jauh lebih endah daripada RM6.3 bilion yang dianugerahkan oleh melalui tender terbuka. Kesilapan ini seharusnya dibaca sebagai RM8.08 bilion, bukan RM4.08 bilion. Jika daripada 10 kenyataan yang dibuat, 9 daripadanya menyebut RM8 bilion manakala hanya satu disebut RM4 bilion kerana salah taip, mengapa memilih kenyataan salah yang menyebut RM4 bilion sebagai betul tetapi tidak 9 kenyataan lain yang menyebutkan RM8 bilion?

Taksub dengan kesilapan kecil itu adalah begitu tidak masuk akal hatta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lim Siang Chai pun mengabaikan kesilapan itu dan merujuk kepada kos projek sebagai RM8 bilion dalam kenyataan akhbar yang disiarkan pada 17 November 2011 dan 27 November 2011 masing-masing.

Malah laporan New Straits Times hari ini "DAP doing things backwards " mengandungi kesilapan yang berikut, "BN Youth had on Monday said that the figure given by the state government in 2001 for the four projects was RM4.08 billion. Lim, however, put the figure at RM6.3 billion after the state government reduced it from RM8 billion."

Jelas sekali tahun yang sepatutnya ialah 2011 dan bukan tahun 2001, sebuah kesilapan yang jelas dan mudah serta biasa dilakukan oleh New Straits Times. Mengapa BN Pulau Pinang tidak berkelakuan konsisten dengan mengutuk New Straits Times seperti yang mereka lakukan kini terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang? Ia adalah hipokrasi dan double-standard oleh BN yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang benar-benar menolak BN pada pilihan raya umum 2008.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang