Hanya ketua kongsi gelap India, satu pendedahan berniat buruk oleh polis

Saya terperanjat melihat senarai nama 30 ketua kongsi gelap yang didedahkan oleh polis semalam. Berita ini disiarkan dalam akhbar STAR hari ini. Dalam senarai ini, polis mendedahkan nama ketua-ketua kongsi gelap 04, 08 dan 36 memgikut kawasan di Semenanjung Malaysia.

Pada pandangan saya pendedahan ini mempunyai niat buruk polis dan kerajaan untuk menghina dan mencemarkan kaum India di negar ini. Nama-nama yang didedahkan itu adalah 100% terdiri daripada ketua-ketua kongsi gelap berbangsa India. Tujuan pendedahan ini adalah berniat jahat untuk mewujudkan satu 'branding' yang buruk terhadap kaum India. Kenapa nama ketua kongsi-kongsi gelap dari kalangan bangsa lain tidak didedahkan oleh polis? Kenapa polis hanya mendedahkan ketua-ketua kongsi gelap berbangsa India. Ini mencemarkan nama baik kaum India negara ini kerana sengaja dikaitkan dengan kegiatan haram yang terlampau.

Apabila kenyataan media itu dibaca oleh mana-mana pihak, ia akan memberi satu gambaran negatif seolah-olah semua orang India adalah 'gangster'. Lebih kurang 2 minggu yang lepas, satu senarai nama atau organisasi kongsi gelap didedahkan oleh polis melalui media. Sebanyak 49 pertubuhan haram disenaraikan terlibat dalam aktiviti kongsi gelap di negara ini. Tetapi apabila senaraiksn nama ketua-ketua kongsi gelap, hanya 30 orang yang berbangsa India didedahkan. Kenapa pihak polis cuba melindungi pihak-pihak tertentu dan hanya memburukkan nama baik kaum India? Ini adalah tidak adil dan berbaur hasutan.

Pendedahan yang bermotif jahat ini akan memberi kesan negatif kepada imej dan sosio-ekonomi kaum India di negara kita.Sebagai contoh, anak-anak muda mungkin akan menhadapi masalah untuk mendapat kerja kerana majikan tidak berani memberi kerja kepada merek? Belia-belia India yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan pula mungkin akan hilang peluang kerana imej negatif ini. Selain daripada itu, anak-anak murid disekolah juga mungkin dihina oleh rakan-rakan dan guru-guru dengan istilah yang kurang menyenangkan. Masyarakat India akan dihina dan menghadapi tekanan imej buruk untuk selama-lamanya jika perkara ini tidak ditangani dengan betul. Kementerian Dalam Negeri dan Polis harus berhenti memburukkan nama baik masyarakat India dengan serta merta.

V. Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah