Pelaksanaan Tarif Galakan oleh SEDA adalah satu kegagalan besar

Menurut Laporan Tahunan SEDA 2011, sebanyak 380MW kuota FiT telah dikeluarkan oleh SEDA bagi tahun 2012 (190MW) dan 2013 (190MW). Menurut laman web SEDA, hanya 120MW atau 31% telah berjaya dipasang pada hari ini. Bagi tahun 2013, angka ini adalah 15MW atau 8% daripada 190MW kuota yang dikeluarkan.

Installed Capacity (MW) of Commissioned RE Installations

Year Biogas Biogas ( Landfill / Sewage ) Biomass Biomass ( Solid Waste ) Small Hydro Solar PV Total
2012 2.00 3.16 43.40 8.90 15.70 31.53 104.69
2013 3.38 0.00 0.00 0.00 0.00 11.86 15.24
Cumulative 5.38 3.16 43.40 8.90 15.70 43.39 119.93

Jawapan parlimen yang saya menerima pada 23 September menyatakan bahawa 11 pemegang kuota FIT dengan kapasiti sebanyak 31MW telah dibatalkan kerana tidak mematuhi syarat-syarat. Dalam jawapan yang sama, saya juga diberitahu bahawa 92 pemegang FIT dengan kapasiti 190.76MW diberi sambungan kepada tarikh akhir komisi mereka. Majoriti sambungan ini - 77% - (71 daripada 92) yang melibatkan 92% daripada kuota (175.2MW daripada 190.76MW) adalah untuk tempoh lebih daripada dua bulan. Ini bermakna bahawa lebih separuh daripada kuota FIT bagi tahun 2012 dan 2013 - 221MW atau 58.3% (daripada 380MW) - telah ditangguhkan tarikh komisi ataupun dibatalkan. Dan kita belum pun sampai ke penghujung tahun 2013 lagi!

Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara dan saya telah membangkitkan soalan mengapa beberapa kuota yang pada mulanya dibatalkan oleh SEDA kemudian ditarik balik oleh Menteri. Pada masa yang sama, saya menerima maklumat daripada sumber-sumber industri bahawa 40 syarikat-syarikat yang telah membuat permemohon untuk kuota FIT awal tahun ini belum lagi mendapat balasan dari SEDA (sama ada penolakan atau kelulusan). Ini bermakna modal mereka terikat dan tidak boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.

SEDA mengeluarkan kuota 500kW solar untuk individu pada 28 Ogos 2013, dan kuota ini telah dihabiskan dalam jam pertama. SEDA terpaksa menangguhkan keluaran 1000kW kepada tarikh akan datang kerana permintaan yang besar daripada individu.

Pelaksanaan skim FIT oleh SEDA adalah satu kegagalan yang besar. Memandang bahawa bayak syarikat telah gagal untuk mencapai quota mereka, SEDA sepatutnya mengalihkan fokus untuk mengeluarkan lebih banyak kuota FIT kepada individu. Sekarang 81% daripada kuota untuk Solar diperuntukkan kepada bukan individu (> 0.5MW). Dengan memberikan lebih kuota FIT kepada individu, risiko tersebar di antara lebih banyak pemegang FIT. Lebih ramai orang terutama syarikat-syarikat kecil / PKS yang berupaya memasang panel solar juga boleh mendapat manfaat. Dalam Alternatif Bajet Pakatan Rakyat untuk tahun 2014, lebih banyak langkah untuk menggalakkan peserta kecil untuk mengambil bahagian dalam tenaga boleh baru akan diperkenalkan.

Dr Ong Kian Ming Ahli Parlimen Serdang