Mencabar Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk meneguh Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampong baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.

Walaupun Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional.

Sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Datuk Abdul Rahman Dahlan ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam?

Kalau BN, terutamanya UMNO memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelas kenapa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN? Adakah itu masih bukan satu hukuman terhadap masyarakat Cina?

Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk meneguh Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik UMNO. Adakah beliau berani?

Teo Nie Ching Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Kulai