Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Mantan Menteri Besar Kedah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan yang dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.10 pagi hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham Tan Sri merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan PKR membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia pada tahun 2008.

Mengenali Allahyarham Tan Sri, beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani ramai. Sekali lagi, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang