Pendaftaran [Democratic Internship Programme] akan dimulakan. Program ini dilancarkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi memberi peluang kepada anak muda yang mempunyai impian membangunkan negara ini untuk menyertai pasukan kami.

Graduan atau pelajar lepasan sekolah menengah, siswazah mahupun pasca siswazah tidak kira di dalam atau luar negara adalah amat digalakkan untuk menyertai program ini. DAP menyediakan platform dan peluang luas untuk anak muda yang bercita – cita tinggi dalam arena politik negara. Pemohon yang berkelayakan akan ditawarkan ke lebih daripada 30 tempat di Pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

Sepanjang Democratic Internship Programme, anda berpeluang untuk:

  • Membantu Ahli Parlimen/ ADUN dalam menguruskan hal ehwal kawasan.
  • Bekerjasama dengan pemimpin negara, secara tidak langsung memperoleh pengalaman dalam perkhidmatan awam.
  • Melawat ke Dewan Rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • Membantu dalam mengadakan/ menyertai sidang media, sidang perbincangan pengurusan hal ehwal kawasan dan masyarakat, aktiviti-aktiviti politik dan lain-lain.

Sepanjang Democratic Internship Programme, anda perlu:

  • Menyertai dan menjalankan tugas yang diberikan oleh pasukan secara aktif
  • Sebuah laporan latihan industri perlu dihantar, isi laporan merangkumi:
    1. Pengalaman anda sepanjang program latihan industri
    2. Cadangan bagi Pejabat Ahli Parlimen/ ADUN dalam konteks berkhidmat kepada masyarakat/ perkhidmata awam

Kriteria dan kelayakan pemohonan:

  • Pelajar atau graduan yang berumur 18 hingga 25 tahun.
  • Dapat memberi komitmen sepenuh sepanjang sekurang-kurang 2 bulan atau ke atas.

Maklumat lain:

  • Surat tawaran akan dihantar melalui emel kepada pemohon yang berjaya dipilih.
  • Pejabat akan memberi subsidi latihan industri masing-masing (secara bulanan, mingguan atau pengiraan jam)

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emel kepada kami di [email protected]

Like dan Kongsi Facebook kami.