Pada bulan Oktober 1967, satu tahun selepas didaftarkan sebagai sebuah parti politik, DAP telah bergabung dengan 55 parti sosial demokratik, demokratik sosialis dan parti-parti buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.
Sebagai anggota SI, DAP bersatu dengan para sosialis demokratik atau democrat sosial di seluruh dunia yang berjuang untuk tujuan kemanusiaan dan demokrasi sosial. Kami bersetiakawan dengan mereka yang tertindas dan menentang peperangan yang tidak adil serta pengeluaran senjata peperangan dan menganjurkan keamanan serta kemakmuran berasaskan kerjasama setara yang dibantu oleh pengetahuan sains dan kemajuan teknikal.
Bagaimanapun selepas 50 tahun menyertai SI, DAP merasakan organisasi tersebut memerlukan pembaharuan. Dengan beberapa parti lain, DAP menuntut perubahan serius untuk mentransformasi SI. Pada bulan Mac 2017, bersama dengan parti-parti sosial demokrasi yang lain, sebuah organisasi baru dilahirkan. The Progressive Alliance (PA) adalah rangkaian lebih daripada 130 parti politik demokratik dan progresif – dalam kerajaan dan pembangkang – selain organisasi dari lebih 100 buah negara yang merangkumi semua benua.
PA mahu mengubah dan membawa masyarakat global serta ekonomi dunia melangkaui kebimbangan dan cabaran semasa dengan:
DAP juga konsisten dengan setiakawan antarabangsa bersama mereka yang berjuang untuk hak-hak demokratik termasuk nasib rakyat Palestin. Demi menegakkan prinsip kebebasan, keadilan dan perpaduan, DAP akan terus menentang sebarang bentuk pelanggaran hak asasi manusia, diskriminasi dan perkauman di mana saja di dunia.