DAP menwarkan keadilan, keamanan dan kesamarataan buat semua.
DAP meletakkan aspirasi rakyat sebagai tumpuan polisi ekonomi dan sosial.
DAP menyedari 56 tahun pemerintahan BN telah menyebabkan perkongsian hasil negara yang tidak sekata, yang berkesudahan dengan kemiskinan di kalangan orang India dan kumpulan-kumpulan rentan yang lain. Kita akan pastikan kekayaan negara dikongsi secara adil dan berkesan. Keperluan kumpulan-kumpulan yang terpinggir akan diselesaikan oleh DAP.
Dasar-dasar DAP akan membantu komuniti yang terpinggit, terutamanya kaum India miskin dan kumpulan berpendapatan rendah.
Deklarasi Gelang Patah bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi daya dan kebolehan kepada komuniti India. DAP mengiktiraf sumbangan dan usaha masyarakat India dan mahu memperkukuhkan, melalui deklarasi Gelang Patah ini, bahawa di bawah kepimpinan DAP, akan wujud kemajuan dalam hak-hak sedia ada dan kualiti kehidupan.
Deklarasi Gelang Patah adalah janji DAP kepada masyarakat India di Malaysia:
- Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Rakyat;
- Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutamanya golongan pekerja ladang kaum India yang diusir;
- Untuk memastikan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan Sekolah Kebangsaan;
- Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir yang datang daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah;
- Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan kaum India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minima RM1,100;
- Untuk meningkatkan bilangan pekerja kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan dan perkhidmatan awam;
- Untuk mengasingkan tanah untuk kuil-kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan, serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;
- Untuk menyediakan skim mikrokredit dan lain-lain bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;
- Untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan membasmi insiden kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;
- Untuk mewujudkan dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;
- Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;
- Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ibu tunggal dari segi ekonomi, termasuk skim pemilikan rumah;
- Untuk mewujudkan atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskin di sekolah asrama penuh;
- Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan menghapuskan diskriminasi.