Kami memerlukan sukarelawan dalam bidang-bidang berikut:

  • Kerja Konstituensi

Contoh: Membantu Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri DAP dalam kerja-kerja konstituensi termasuk mengendalikan pejabat-pejabat konstituensi DAP, menguruskan aduan daripada konstituen-konstituen, melawat kawasan pilihanraya dan sebagainya.

  • Pilihan Raya Umum/Pilihan Raya Kecil

Contoh: Pegawai pengundian, pegawai pengiraan undi, pelekat poster, pekerja politik dan lain-lain.

  • Kewangan

Contoh: Derma peribadi; menganjurkan majlis makan malam dan sebagainya untuk memungut derma dan lain-lain.

  • Organisasi

Contoh: Menubuhkan cawangan baru, menganjurkan forum, ceramah, perhimpunan rakyat, majlis makan malam, sesi dialog dan sebagainya yang melibatkan pemimpin/speaker DAP; membentuk rangkaian tempatan untuk membantu parti sewaktu kecemasan, pilihan raya dan kempen khas.

  • Publisiti

Contoh: Mengedarkan risalah, menghasilkan bahan publisiti, menganjurkan diskusi-siber, bertindak sebagai ‘mata-mata’ DAP berhubung pelbagai masalah dan salah urusan di kawasan anda, dll.

Sila hantarkan e-mel kepada kami di [email protected] dan kemukakan nama, alamat serta numbor telefon anda supaya kakitangan kami dapat menghubungi anda. Sila nyatakan juga bidang yang ingin disertai untuk menyumbangkan tenaga kerja anda.