Jemaah Menteri Dato’ Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan orang ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri.
Gaji yang diberikan kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.
Kabinet Najib menpunyai 36 orang menteri penuh dan 32 orang timbalan menteri. Wujudnya sepuluh orang menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013.
Menurut jawapan bertulis YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:
“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perlantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan.
Selain itu mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara-negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini.
Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberikan.”
Seramai lapan (8) orang Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, mukasurat B06-1 hingga B06-15, http://portal.parlimen.gov.my/ipms/modules/risalat/res/risalat/Senarai%20Perjawatan%202016%20Jilid%201.pdf )
Gaji rasmi bulanan (tidak termasuk aluan ahli parlimen dan alaun-alaun yang lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri adalah seperti berikut:~
Perdana Menteri RM 22,826.65
Timbalan Perdana Menteri RM 18,168.15
Menteri RM 14,907.20
Timbalan Menteri RM 10,847.65
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
Difahamkan Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor.
Walau bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntukan dengan empat hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk seorang menteri penuh.
Lantikan bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai duta datang dari kalangan diplomat kareer.
Yang tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai “duta palsu”, iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk dalam struktur Wisma Putra. Saya difahamkan pertindihan diantara duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah dihentikan.
Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf “menteri pintu belakang” sepatutnya digugurkan jawatan.