BM 中文 English

Pendedahan skandal BN lalu hanya menunjukkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan

Kenyataan dan alasan bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia, Lokman Adam bahawa Kerajaan membuat ‘tuduhan politik’ kepada bekas Menteri Kewangan Najib Razak hanya menunjukkan bahawa Barisan Nasional semakin hari semakin takut dan risau akan pendedahan skandal-skandal yang bakal berlaku pada masa yang terdekat. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/05/stop-allegations-via-media-ex-finance-ministry-man-tells-guan-eng/)

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk membuat pendedahan kepada rakyat berkenaan projek saluran paip Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang juga berkait rapat dengan Jho Low agar rakyat dapat faham bagaimana dana negara telah disalahgunakan oleh pentadbiran yang diketuai oleh Najib Razak lalu.

Tidak dinafikan bahawa hubungan diplomatik dengan Negara China dan negara-negara lain adalah penting. Namun demikian, kedaulatan negara kita serta pentadbiran secara cekap, akauntibiliti dan telus menjadi keutamaan.

arisan Nasional dan Lokman Adam harus sedar bahawa berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan sekarang berani berdepan dengan masalah yang dihadapi negara akibat penyalahgunaan dana oleh kerajaan BN. Jika BN merasakan tidak ada sebarang penyelewengan berlaku, kenapakah projek ini disembunyikan dalam fail merah yang tidak dapat diaudit?

Selaku bekas staff MOF, Lokman Adam harus berani tampil ke depan dan berjumpa dengan Menteri Kewangan, Sdr Lim Guan Eng bagi menjelaskan projek saluran paip serta fail-fail merah sulit yang terdapat di pejabat kementerian.

Baru-baru ini, propaganda berunsur perkauman telah mula dicipta oleh Lokman Adam hanya untuk mengaburi mata rakyat. Namun demikian Lokman Adam harus sedar diri bahawa rakyat telah buang BN pada pilihanraya lalu atas kes-kes penyelewengan BN sebelum ini dan juga rakyat ingin bersama Pakatan Harapan untuk membina semula negara kita yang telah dirosakkan oleh BN dan UMNO.

Muhammad Shakir Ameer
PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI KEBANGSAAN DAPSY
Kenyataan media oleh Muhammad Shakir Ameer di Shah Alam pada hari Rabu, 6 Jun 2018