BM 中文 English

Pelaburan Luar Negeri(FDI) naik 400% kepada RM35 bilion untuk tempoh Mei-September 2018 berbanding dengan hanya RM7.3 bilion untuk tempoh Mei-September 2017

Pelaburan Luar Negeri(FDI) naik 400% kepada RM35 bilion untuk tempoh Mei-September 2018 berbanding dengan hanya RM7.3 bilion untuk tempoh Mei September 2017. Pihak parti lawan telah mempertikaikan pengumuman bahawa FDI ke dalam Malaysia telah naik dengan penuh memberangsangkan di bawah Kerajaan Perseketuan Pakatan Harapan baru yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam saya telah merujuk kepada fakta dan angka bahawa FDI untuk tempoh 9 bulan pertama tahun ini telah naik 250% kepada RM49 bilion berbanding dengan RM14 bilion untuk tempoh sama bagi tahun 2017. (lihat rajah bawah) Saya telah menyatakan ini mencerminkan keyakinan bertambah di kalangan pelabur antarabangsa ke atas kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa perubahan kepada Malaysia yang bukan lagi sebuah negara kleptokrasi tetapi adalah sebuah negara demokrasi baru yang bersih, bebas dari rasuah dan mengikut “rule of law”.

TABLE OF APPROVED MANUFACTURING PROJECTS,
JANUARY-SEPTEMBER 2018/JANUARY-SEPTEMBER 2017/JANUARY-DECEMBER 2017

Jan – Sept, 2018 Jan – Sept, 2017 2017
No. of Projects 468 463 687
Employment 41,033 32,614 56,431
Domestic Investment (RM) 10,306,046,707 20,683,297,258 42,136,350,782
Foreign Investment (RM) 48,764,374,091 13,956,455,621 21,544,705,880
Total Investment (RM) 59,070,420,798 34,639,752,879 63,681,056,662

Akan tetapi angka dan fakta ini dipertikaikan oleh pihak parti lawan dan ada yang menyebut ini disebabkan FDI sebelum 9 Mei 2018. Oleh itu saya ingin menyatakan bahawa FDI untuk tempoh Mei ke September 2018 lebih memberangsangkan kerana sebanyak RM35 bilion telah masuk ke Malaysia berbanding dengan hanya RM7.3 bilion untuk tempoh Mei ke September 2017. Adalah diharapkan kenaikan 400% untuk tempoh Mei ke September 2018 akan menamatkan fitnah jahat parti lawan yang berdegil tidak mahu mengakui kejayaan kerajaan Perseketuan PH yang membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Fitnah jahat kepada PH sama seperti fitnah yang menyatakan saya bohong bila saya menyatakan hakikat bahawa kerajaan negeri pembangkang tidak mampu uruskan ekonomi negeri sehingga tak berupaya bayar gaji kakitangan kerajaan negeri dan terpaksa meminta bantuan kerajaan Perseketuan. Sungguhpun dicaci dan dimaki hamun oleh pihak yang buat fitnah jahat ini, Kementerian Kewangan tetap akan bantu kerajaan negeri pembangkang bayar gaji kakitangan kerajaan kerana tidak mahu mangsakan penjawat awam.

Mereka ini akan terus mainkan sentimen perkauman dan ekstrimisme untuk menutup kegagalan mereka tak berupaya uruskan ekonomi dengan baik sehingga tak mampu bayar gaji ataupun ingin mengalihkan perhatian daripada amalan rasuah mereka yang maha besar. Mereka ini akan mengadakan perhimpunan dengan memainkan sentimen dan fitnah merbahaya ini.Pemimpin dah ahli DAPSY mesti berwas-was ke atas taktik kotor mereka yang gunakan fitnah jahat ke atas pemimpin parti dan menjawab dengan rasional menerusi angka dan fakta.

4 Ciri-ciri Utama Kesetian kepada Parti

Terdapat keperluan untuk mengingatkan diri kita tentang apa yang diperjuangkan oleh pemimpin DAP dulu dan sekarang, supaya DAP dapat terus menikmati masa depan yang cerah dalam arena politik baru. Terdapat 4 ciri utama kesetiaan kepada parti yang bukan sahaja harus disemai oleh kita, akan tetapi perlu juga dikongsikan dengan ahli yang baru menyertai DAP.

Pertama adalah perpaduan parti. Semua ahli harus bekerja bersama-sama, belajar bersama-sama supaya kita boleh menjadi kuat bersama-sama bagi menikmati kejayaan kita bersama-sama. Sebuah parti yang bersatu, tidak akan gentar dengan sebarang serangan musuh. Sebarang perpecahan, bagaimanapun, bukan sahaja hanya akan menghambat prestasi tugas-tugas kita, malahan memberi keuntungan kepada musuh kita, yang terdiri daripada puak rasis dan ekstrimis agama yang menyebarkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia semata-mata untuk menjadikan diri mereka relevan, mengalihkan perhatian daripada amalan rasuah atau cuba untuk menyembunyikan ketidakcekapan mereka dalam menguruskan ekonomi sehingga mereka tidak mampu membayar gaji kepada penjawat awam kerajaan.

Kedua, kita harus mempunyai dan memegang erat visi parti berhubung perpaduan negara, mentadbir urus kerajaan yang bersih berdasarkan prinsip CAT Competency, Accountability and Transparency, mewakili dan bekerja untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar geografi atau demografi tanpa mengira kaum atau agama atau lokasi.

Ketiga, pemimpin dah ahli harus perpegang kepada prinsip dan sanggup berkorban demi mendukung keadilan, kebenaran, kebebasan, integriti dan demokrasi dalam satu semangat yang sama dengan pemimpin-pemimpin kita, tidak kira yang dulu dan sekarang. Disebabkan oleh kesediaan pemimpin serta ahli veteran kita untuk berkorban, DAP dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Jangan dilupa pengorbanan ahli-ahli terdahulu yang bukan sahaja menghadapi penganiayaan oleh BN tetapi juga teruk dicemuh dan ditertawakan kerana menyertai perjuangan DAP di pihak pembangkang yang dianggap sebagai tidak punya harapan dan begitu terdesak. Walaupun telah mengemudi parti melalui kesukaran dan onak duri selama bertahun-tahun sehingga mencapai kejayaan pada 2018, Sdr Lim menolak jawatan Menteri yang sememangnya layak untuk diberikan kepadanya, demi memberi laluan kepada pemimpin muda untuk menyerlah.

Keempat, pemimpin DAP dalam kerajaan harus menunjukkan prestasi serta menjalankan tugas dengan baik. Jika kita gagal menunjukkan prestasi yang baik, jangan terkejut sekiranya DAP kalah pada pilihan raya umum akan datang. Prestasi bukan sahaja untuk memastikan rakyat mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, gaji yang lebih baik atau lebih kewangan untuk berbelanja dan mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Prestasi juga boleh semudah melayan panggilan telefon daripada orang awam.

Pemimpin dan ahli DAP mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara dan anak-anak kita. Kita berbangga kerana pemimpin kita bersih dan cekap. Kita sudah membuktikan bahawa DAP telah memainkan peranannya sebagai parti pembangkang yang terbaik dalam sejarah Malaysia dalam memainkan peranan kita sebagai semak dan imbang. Mari kita buktikan yang kita mampu menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Jika kita terus bersatu, meneruskan visi kita, mendukung prinsip-prinsip kita dan bersedia untuk berkorban dan juga fokus kepada prestasi dan perkhidmatan kepada rakyat, kita tidak akan gagal. Mari kita buktikan yang kita mampu mengharungi ujian sejarah ini dan terus kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan di Malaysia!

Salam Harapan! Sayangi Malaysiaku!

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Kongres DAPSY 2018 di Stadium Perbandaran Serdang Jaya, Selangor pada hari Ahad, 2 Disember 2018