BM 中文 English

DAP menyesali kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bersifat sangat provokatif tentang perlu adanya perhimpunan Anti-ICERD

DAP menyesali kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bersifat sangat provokatif[1] tentang perlu adanya perhimpunan Anti-ICERD kerana PAS mahu membantah dan tidak bersetuju dengan bilangan Ahli Parlimen Muslim yang kurang dari Ahli Parlimen non-Muslim di dalam gabungan Pakatan Harapan [2]. Sepatutnya Hadi menyeru kepada perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, namun beliau terus cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan melaga-lagakan golongan majoriti Muslim dengan golongan minoriti yang non-Muslim.

Pertama, angka yang disebut Abdul Hadi Awang itu tidak tepat. Dia menyatakan bahawa terdapat 66 Ahli Parlimen non-Muslim dan 58 Ahli Parlimen Muslim di dalam Pakatan Harapan. Sedangkan sebenarnya terdapat 62 Ahli Parlimen Muslim di dalam gabungan PH. Ahli Parlimen Bumiputera, yang termasuk Bumiputera non-Msulim, melebihi golongan non-Bumiputera 70 ke 58 di dalam PH. Adakah Hadi tidak menganggap Bumiputera non-Muslim dari Sabah dan Sarawak sebagai tidak setaraf dengan status Bumiputera, kerana mereka tidak beragama Islam?

Kedua, kabinet yang dipimpin Perdana Menteri, merupakan badan yang membuat keputusan berkaitan polisi-polisi negara dan kabinet telahpun memutuskan untuk tidak meneruskan dengan proses ratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Di dalam kabinet, tidak timbul isu non-Muslim melebihi Muslim. Dari 28 ahli kabinet, i.e. Menteri penuh (termasuk Perdana Menteri dan Senator-senator), 17 adalah Muslim (61%), dan 11 adalah non-Muslim (39%). Dari 27 Timbalan Menteri, 18 adalah Muslim (67%) dan 9 adalah non-Muslim (33%).

Seterusnya, terdapat 140 Ahli Parlimen Muslim berbanding 82 Ahli Parlimen non-Muslim di Parlimen. Mungkinkah hak-hak orang Islam terancam jika Ahli Parlimen Muslim terdiri dari 63% Ahli Parlimen di Parlimen? Menurut logik Hadi, bukankah non-Muslim yang sepatutnya rasa terancam dengan 63% Ahli Parlimen MP di Parlimen?

Ketiga, dari sekadar menumpukan perhatian kepada hal-hal melalui kanta perkauman atau perspektif keagamaan secara satu dimensi, kita seharusnya melihat kepada gambaran yang lebih meluas untuk melihat isu dari sudut yang lebih holistik. Kita mahu membuat keputusan-keputusan yang akan memanfaatkan seluruh negara dan semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, dan latar belakang. Kita mahu mengukuhkan institusi kita, perbaiki tadbir urus dan pertahankan integriti kita. Maklumlah, walaupun kita dipimpin seorang Perdana Menteri Muslim di dalam kerajaan terdahulu, ini tidak dapat mengelakkan kita dari dicap sebagai kleptokrasi global akibat skandal 1MDB, dan hutang-hutangnya yang kita akan perlu terus bayar untuk 30 tahun yang akan datang. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang terjerat di dalam skandal kewangan, memperlihatkan bahawa korupsi itu buta warna dan boleh menjebak tanpa mengira Muslim dan non-Muslim.

Meskipun Kerajaan PH telah membuat pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, Hadi masih mahu memprotes ICERD. Jelas, demonstrasi ini bukan lagi untuk memprotes ICERD, memandangkan isu ICERD sudah tidak lagi relevan, tetapi demi memastikan survival politik dan menjana modal politik untuk PAS. DAP akan biarkan rakyat Malaysia untuk nilaikan sendiri, sama ada Hadi di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan provokasi melaga-lagakan Muslim terhadap non-Muslim, adalah ekstrimis atau bertanggungjawab?

Jika Hadi tidak mahu membatalkan prehimpunan ini dan masih beria-ia mahu memprotes ICERD, walaupun tidak ada ICERD di Malaysia, saya menyarankan Presiden PAS gunakan peluang ini untuk memprotes semua skandal kewangan yang telah berlaku di bawah kepimpinan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO, dari mengalihkan pandangan negara dari skandal-skandal kewangan ini dan korupsi. Inilah perkara yang tepat untuk dilakukan demi semua rakyat Malaysia, tidak kira Muslim atau non-Muslim.

[2] Termasuk WARISAN di Sabah

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 5 Disember 2018