Untuk mempertingkatkan daya persaingan negara, kerajaan mesti menyediakan persekitaran yang sesuai untuk mendorong keusahawanan muda

Dalam Persidangan Dewan Johor kali ini, saya telah membuat pertanyaan mengenai liputan rangkaian 3G dan 4G di Daerah Kluang, kerana pada pendapat saya, liputan rangkaian internet ini merupakan faktor utama yang menentukan kesesuaian persekitaran keusahawanan.

Menurut jawapan yang diberikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Johor, liputan 3G di Daerah Kluang telah mencapai 95%, manakala liputan 4G pula adalah 77.7%. Dalam 10 daerah di Johor, Kluang menduduki tempat yang ke-4 dalam liputan 4G/LTEnya.

Penggunaan teknologi dan ekonomi digital akan menentukan struktur ekonomi negara kita di masa hadapan.

Daya persaingan negara kita berada di dalam keadaan yang lembap kebelakangan ini. Untuk menebusi keadaan yang bakal membawa kita ke arah kemunduran berbanding dengan negara yang pesat membangun, kita mesti menggunakan teknologi baru dan membangunkan ekonomi digital dengan sebanyak, seluas mungkin.

Golongan muda perlu menceburkan diri dalam perusahaan ekonomi digital dalam proses pembaharuan struktur ekonomi kita. Soalannya, bagaimanakah kerajaan boleh memperkasakan usahawan-usahawan ini?

Adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang berupaya untuk mendorong, merangsang keusahawan digital di golongan pemuda-pemudi, seperti liputan rangkaian internet yang bagus dan polisi-polisi yang mesrakan keusahawanan digital.

Chew Chong Sin
ADUN MENGKIBOL
Kenyataan media oleh Chew Chong Sin di Johor Bahru pada hari Khamis, 7 Mac 2019