DAP mengecam serangan kejam terhadap masjid-masjid di Christchurch

DAP mengecam serangan kejam terhadap masjid-masjid di Christchurch yang telah menyebabkan sejumlah kehilangan nyawa dan juga kecederaan. Ia bukan sahaja merupakan jenayah terhadap komuniti Muslim di Christchurch, tetapi terhadap kemanusiaan secara keseluruhan.

Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.

DAP berharap agar keluarga-keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch akan dapat melalui peristiwa jenayah yang tragik ini dengan penuh kesabaran dan rasa belas kasihan terhadap mangsa-mangsa kejadian.

Kami juga berharap agar mereka terus berada dalam keadaan sihat dan selamat, dan agar mereka yang terkesan daripada kejadian ini dapat cepat pulih.

DAP juga percaya bahawa Kerajaan New Zealand sedang melakukan usaha sedaya upaya mereka untuk bukan sahaja memastikan keadaan kembali terkawal, tetapi juga menangkap pihak-pihak yang bertanggungjawab di sebalik serangan yang kejam ini, dan bahawa keadilan akan dilaksanakan terhadap pelaku jenayah terhadap kemanusiaan ini.

DAP juga berharap agar rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan ini selamat dan akan cepat sembuh. Doa dan harapan kami agar rakyat Malaysia dan masyarakat di Christchurch yang terperangkap dalam serangan ini kekal selamat.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 15 Mac 2019