Wee Ka Siong bertukar watak menjadi guru Bahasa Inggeris demi untuk mengalihakn perhatian

Presiden MCA Wee Ka Siong memilih untuk bertukar watak, seolah-olah menjadi guru Bahasa Inggeris dalam isu penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong, dan berselindung di belakang isu tatabahasa demi untuk mengalihkan perhatian orang ramai atas kegagalan beliau untuk menyangkal bukti tawaran pembelian Bangunan Malaysia dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga asal RM1.1 billion yang dipersetujui oleh pentadbiran lampau Najib Razak.

Dalam menyahut cabaran daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Wee Ka Siong, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menunjukkan tawaran pembelian bernilai RM1.68 billion melalui surat bertarikh 20.01.2019.

Wee Ka Siong telah bertanya kenapa tidak ada deposit dibayar dalam tawaran ini. Jawapannya adalah terjawab secara sendiri dalam kandungan surat tawaran tersebut, dengan terma-terma yang amat jelas dan nyata, iaitu bayaran sebanyak 20% deposit akan dibuat semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangan, dan baki 80% harga pembelian dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

Tambahan pula, bagaimanakah Kerajaan Persekutuan boleh menerima bayaran deposit untuk tawaran ini sedangkan Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk melaksanakan tender terbuka untuk mendapatkan tawaran-tawaran lain yang lebih tinggi dan membawa pulangan yang palig baik untuk negara?

Wee Ka Siong harus ingat, pentadbiran Kerajaan sekarang tidak seperti pentadbran dahulu. Pentadbiran Najib Razak boleh bersetuju untuk penjualan seara rundingan terus dengan harga yang rendah dan Kerajaan sekarang tidak akan mengikut jejak kaki ini.

Apabila tidak dapat mempertikaikan tawaran pembelian seperti yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng, Wee Ka Siong telah mula mempertikaikan penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris satu demi satu dalam surat tawaran tersebut. Kita sememangnya tidak tidak dapat bayangkan begitulah kualiti Presiden MCA yang ada sekarang.

Wee Ka Siong menyatakan beliau akan memberikan “standing ovation” kepada Lim Guan Eng sekiranya Bangunan Malaysia boleh dijual dengan harga tinggi sebanyak RM1.68 billion. Wee Ka Siong boleh menyimpan “standing ovation” tersebut kepada dirinya sendiri. Beliau tidak boleh mengelakkan dirinya daripada bertanggungjawab ke atas tuduhan tidak berasas beliau, yang bermula dengan membangkitkan kekeliruan tawaran mata wang Ringgit Malaysia atau Hong Kong Dollar, sehingga mempertikaikan kesahihan tawaran pembelian dengan alasan ketidaktepatan tatabahasa dalam surat tawaran yang ditunjukkan Kerajaan Persekutuan. Meletak jawatan adalah satu-satu langkah Wee Ka Siong untuk menjaga kredibilitinya.

Wong Kah Woh
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP & Ahli Parlimen Ipoh Timur
Kenyataan media oleh Wong Kah Woh di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 6 April 2019