Bekas ahli-ahli SPR tidak wajar dilepaskan begitu sahaja

Tribunal khas mengenai salahlaku enam bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan untuk menghentikan tribunal tersebut. Ini adalah kerana ahli-ahli SPR tersebut telah meletak jawatan.

Keputusan ini adalah amat teruk sekali. Ia memberi gambaran bahawa bekas ahli-ahli SPR tersebut boleh melepaskan diri daripada tribunal hanya dengan meletakkan jawatan mereka.

Walaubagaimanapun, isu pokoknya masih belum berubah. Bekas ahli-ahli SPR tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Kita tidak boleh melupakan kes-kes penipuan dan manipulasi yang telah berlaku sebelum pilihanraya umum ke-14 (PRU4) yang lepas.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan telah mendedahkan bahawa terdapat korupsi dalam urus niaga bertukaran tanah oleh kerajaan yang lepas. Perkara ini melibatkan pendaftaran pengundi tentera secara terburu-buru oleh SPR di beberapa kerusi pilihanraya yang panas, dengan menggunakan kem-kem tentera yang masih belum siap dibina.

Begitu juga di dalam isu persempadanan semula, dimana sempadan-sempadan pilihan raya yang baharu telah diluluskan oleh parlimen secara tergesa-gesa sebulan sebelum PRU14.

Semasa waktu berkempen, SPR tiba-tiba mengeluarkan peraturan baharu mengenai bahan-bahan kempen untuk menghalang gambar Tun Mahathir daripada dipamerkan.

Semua perkara ini berlaku ketika bekas ahli-ahli SPR masih memegang jawatan mereka. Oleh itu, mereka perlu disiasat sepenuhnya dan dipertanggungjawabkan jika didapati bersalah.

Oleh kerana tribunal khas tersebut telah membuat keputusan untuk dibubarkan, terdapat dua prosedur lain yang perlu diceburi.

Pertama, parlimen perlu menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah mekanisme semak imbang. Saya akan menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan khas mengenai pilihanraya supaya bekas ahli-ahli SPR boleh terus disiasat.

Kedua, peguam negara dan perdana Menteri wajar memberi nasihat selanjutnya kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa penubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah diperlukan kerana RCI tersebut akan mempunyai mandat dan kuasa baru untuk meneruskan siasatan ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa bekas ahli-ahli SPR tersebut wajib disiasat secara sepenuhnya. Hanya dengan ini kita boleh menentukan masalah utama dalam sistem pilihan raya negara dan mengambil langkah-langkah lanjut untuk mereformasikanya.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka
Kenyataan media oleh Khoo Koay Tiong di Melaka pada hari Sabtu, 25 Mei 2019