Apakah pendirian UMNO dan PAS terhadap tindakan Pemuda MCA yang membantah pengajaran Tulisan Jawi dengan TELUR?

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pemuda MCA yang menggunakan telur untuk membantah pengajaran tulisan jawi di sekolah vernacular. Setiausaha Agung Pemuda MCA Kebangsaan Daniel Wa Wai How menyeru rakyat yang tidak setuju degan pengajaran tulisan jawi di sekolah vernacular membantah dengan memuat naik gambar telur di media social dengan hashtag #eggmovement atau #0movement.

Ini merupakan satu tindakan biadap dan tidak beradab yang cuba untuk meraih sokongan politik dengan menghasut rakyat. Apakah motif Pemuda MCA menggunakan telur untuk membantah tulisan jawi?

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan sebarang pendapat yang berbeza haruslah dibangkit dengan cara yang lebih bertamadun dan tidak keterlaluan.

Saya menggesa UMNO dan PAS yang merupakan sekutu politik MCA untuk menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan pemuda MCA yang membantah tulisan jawi dengan menggunakan telur.

Chong Zhemin
Setiausaha Publisiti DAP Perak & Adun Keranji
Kenyataan media oleh Chong Zhemin di Ipoh pada hari Jumaat, 9 Ogos 2019