Maksud dan Makna Malaysia Merdeka

Apa maksudnya bangsa?
Warga Serikat tatasenegara,
saudara seperjuangan seia sekata.
Yang menerpa cahaya satu mentari
membudidaya benih bertunas.
Kemakmuran bersama ditelusuri,
usaha bersama menjadikan tuntas.

Apa maknanya merdeka?
Pelepasan dari rantai belenggu kolonialisma,
pembebasan dari genggaman penjajah.
Selamat menemui darat melalui ribut gelora,
walau gemeriksik dipuput bayu laut.
Nyahjajah tubuh dan minda,
menang melawan pengabdian ditakluk

Berbagai budaya kekal abadi, mencipta identiti bersama
Perbezaan fitrah dihormati, membina lumrah bersama
Kelainan keturunan dibanggakan, membangun bangsa bersama
Bangsa Malaysia bangsa merdeka
Kencana atau abu arang
Bencana mahupun senang
Pertama sehingga terakhir
Kemerdekaan bangsa Malaysia Kita Punya.

Howard Lee Chuan How
KETUA DAPSY KEBANGSAAN & ADUN PASIR PINJI
Sajak sempena Hari Kebangsaan ke62 oleh Howard Lee Chuan How di Ipoh pada hari Sabtu, 31 Ogos 2019