Jemputan MCA untuk membuat laporan polis dan SPRM

Jemputan MCA untuk membuat laporan polis dan SPRM mengenai tuduhan MCA telah hijack peruntukan RM150 juta yang diumumkan pada 2012 untuk membina hospital kerajaan Kampar hanya “Wayang politik monyet” MCA.

Dengan ini, saya lampirkan hansard Sidang Dun Perak pada 27 November 2017 di mana exco kesihatan pada masa itu Mah Hang Soon telah membuat kenyataan berikut di sidang DUN:

“Seterusnya, pada masa yang sama, kementerian telah dimaklumkan mengenai cadangan pembinaan sebuah hospital swasta yang bukan berasaskan keuntungan, not for profit, di mana jarak hospital yang dicadangkan adalah lebih kurang empat kilometer daripada tapak cadangan pembinaan Hospital Kampar oleh Kementerian Kesihatan. Mengambil kira cadangan hospital tersebut, oleh UTAR maka kementerian kesihatan tidak meneruskan cadangan pembinaan hospital Kampar.”

Hansard dewan jelas menunjukkan Kerajaan BN membatalkan hospital kerajaan Kampar kerana pembinaan Hospital swasta UTAR.

Kerajaan BN telah mengumumkan pembinaan hospital kerajaan Kampar dengan peruntukan RM150 Juta pada tahun 2012. UTAR hanya mengumumkan pembinaan hospital swasta pada tahun 2014. Adalah tidak munasabah kerajaan BN membatalkan Projek hospital kerajaan kampar kerana hospital swasta UTAR dan menggadaikan kebajikan perubatan rakyat Kampar.

Oleh kerana pembatalan hospital kerajaan oleh BN, MCA perlu jawab apa yang telah terjadi kepada peruntukan RM150 Juta yang telah diluluskan dan diumum oleh bekas Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai pada tahun 2012.

https://peraktoday.com.my/2012/05/liow-tiong-lai-kerajaan-bina-hospital-baru-ganti-hospital-kampar/amp/

https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/01/22/utar-plans-training-hospital-specialist-medical-centre-to-be-built-near-kampar-campus

Chong Zhemin
Setiausaha Publisiti DAP Perak & Adun Keranji
Kenyataan media oleh Chong Zhemin di Ipoh pada hari Isnin, 6 Januari 2020